awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makan enam ubat punca lelaki mengantuk, pandu lawan arus

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2024
08:15 MYT
Makan enam ubat punca lelaki mengantuk, pandu lawan arus
Video tular memaparkan sebuah kereta memandu melawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang, Batu Pahat baru-baru ini
BATU PAHAT: Seorang lelaki ditahan selepas memandu dalam keadaan berbahaya secara melawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang di sini baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular yang berdurasi 30 saat itu kira-kira jam 3 petang, 7 Julai lalu.
"Bertindak atas siasatan dan tindakan lanjut sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat berjaya mengenal pasti dan mengesan pemandu terbabit.
"Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun dan kereta dipandunya semasa kejadian. Hasil saringan air kencing mendapatinya negatif dadah
"Siasatan mendapati suspek mendakwa memandu melawan arus selepas menelan enam jenis ubat dan menyebabkannya mengantuk," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.
Jika sabit kesalahan katanya, boleh dipenjara selama lima tahun dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM15,000.
Sekiranya merupakan kesalahan kedua katanya, boleh didenda minimum RM10,000 atau maksimum RM20,000.
"Pihak polis menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa peka serta mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
"Amalkan cara pemanduan yang berhemah dan selamat serta sentiasa memastikan keadaan mental dan fizikal dalam keadaan baik sebelum dan semasa memandu," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pandu lawan arus
#makan ubat
#mengantuk
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan