awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makan kangkung, lemon rawat koronavirus? Reaksi Menteri Kesihatan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/02/2020
09:59 MYT
Makan kangkung, lemon rawat koronavirus? Reaksi Menteri Kesihatan
Doktor Kesihatan Profesional (MBBS), Dr Noordin Darus berkata mereka yang dijangkiti koronavirus dinasihatkan untuk meminum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama.
Susulan penyebaran wabak koronavirus, pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk memberi garis panduan mengenai penjagaan kesihatan bagi mencegah jangkitan wabak tersebut.
Bagaimanapun, terdapat juga saranan daripada pihak tertentu agar mereka yang dijangkiti wabak tersebut meminum air lemon dan mengambil sayur hijau seperti kangkung.
Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM mengamalkan bukti berasaskan perubatan.
“Kami telah tegaskan betapa perlunya kita mengambil langkah mempertingkatkan kebersihan diri seperti cuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
"Tetapi kalau ada yang hendak cadangkan selain daripada itu, anda boleh dengar sama ada nak ikut atau tidak," katanya pada sidang media harian di kementeriannya, pada Isnin.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Angka korban terus meningkat, lebih 900 maut
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan seorang doktor baru-baru ini berhubung langkah merawat wabak koronavirus.
Media tempatan melaporkan Doktor Kesihatan Profesional (MBBS), Dr Noordin Darus berkata mereka yang dijangkiti koronavirus dinasihatkan untuk meminum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama.
Tambahnya, pada hari kedua pula pengambilan air itu perlu diteruskan tetapi dikurangkan kepada masing-masing lima gelas serta perlu mengambil banyak sayur hijau seperti kangkung.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
#kangkung ubat koronavirus
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#makan kangkung
#Media
#menteri
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan