awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023

Bernama
Bernama
13/09/2023
12:41 MYT
Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023
Menurut TAITRA, Dudujia Honey dan Forever Sweety misalnya pernah menyertai Ekspo Taiwan di Malaysia pada Ogos lepas dan dikenali dalam kalangan pengimport dan pengedar di negara ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mengetengahkan lapan penggiat industri halalnya pada acara tahunan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang bermula semalam.
"Pempamer Taiwan itu berharap dapat memanfaatkan MIHAS 2023 sebagai platform untuk berkembang ke pasaran Timur Tengah dan Muslim global," katanya.
Menurut TAITRA, Dudujia Honey dan Forever Sweety misalnya pernah menyertai Ekspo Taiwan di Malaysia pada Ogos lepas dan dikenali dalam kalangan pengimport dan pengedar di negara ini.
"Ramai pengimport berkongsi pandangan bahawa produk popular Forever Sweety iaitu teh buah kundurnya, amat sesuai dengan iklim panas Malaysia dan diminati oleh pengguna tempatan," katanya.
Selain itu, Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang dan Pengarah Pusat Perdagangan Taiwan di Kuala Lumpur, Eva Peng turut mengunjungi MIHAS 2023 semalam bagi menunjukkan sokongan serta mempromosi produk-produk halal Taiwan.
Acara pameran perdagangan pada 12-15 Sept yang bertemakan "Paving The Way of Halal" itu diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia dan menampilkan trend, teknologi serta inovasi yang merangkumi 13 kluster industri utama halal.
Dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), MIHAS merupakan pameran perdagangan halal terbesar dunia dengan penyertaan hampir 1,900 gerai pameran dari 44 negara.
Ia juga dijangka menarik kehadiran seramai 35,000 pengunjung.
Menurut kenyataan itu, penubuhan Pusat Halal Taiwan di wilayah itu pada 2017 telah menyaksikan peningkatan jumlah syarikat dengan sijil halal daripada 700 kepada lebih 1,000 syarikat yang merangkumi 2,000 produk.
Pusat tersebut bertujuan untuk mengukuhkan industri, mempromosi produk halal, mempercepat integrasi dengan rangkaian halal global serta mewujudkan persekitaran mesra-Muslim di Taiwan bagi manfaat komuniti serta pelancong Muslim ke pulau berkenaan.
Taiwan berada di kedudukan ketiga dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023 iaitu selepas Singapura dan United Kingdom.
Maklumat mengenai kerjasama dengan syarikat halal Taiwan boleh diperoleh menerusi Pusat Perdagangan Taiwan di nombor 03-20312388 atau Pusat Halal Taiwan +886-(2)-2725-5200 Ext 1274.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#makanan halal
#Taiwan
#TAITRA
#MIHAS 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan