Perlaksanaan dasar gaji minimum tahun ini akan mengambil kira maklum balas daripada pihak majikan terhadap isu levi serta elaun pengangkutan dan perumahan.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam berkata ia merupakan perkara utama yang akan dibangkitkan dalam perbincangan kementeriannya bersama majikan.
“Isu-isu tersebut akan dibangkitkan dalam kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk menentukan tindakan yang akan diambil,” kata Subramaniam.
Mengenai kebimbangan majikan yang terpaksa melepaskan pekerja asing mereka berikutan perlaksanaan dasar itu, Subramaniam berkata, ia merupakan sebahagian daripada proses transformasi bagi pekerja tempatan.
“Ia juga selaras dengan usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” beliau berkata lagi.
Justeru itu, perlaksanaan dasar gaji minimum itu akan menyebabkan majikan memikirkan alternatif untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan mereka.
Biarpun keperluan terhadap pekerja asing akan terus wujud, kerajaan menyasarkan pengurangan pekerja asing di negara ini secara berperingkat.
Astro Awani
Sun Jan 20 2013
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Maklum balas majikan diambil kira bagi gaji minimum
Kementerian Sumber Manusia akan mengambil kira maklum balas daripada majikan terhadap isu levi serta elaun pengangkutan dan perumahan.