KUALA LUMPUR:Semua pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja bermula 11 Nov, 2020, sehingga dimaklumkan kelak.

KWSP dalam satu kenyataaan berkata ini melibatkan cawangan-cawangan di Semenanjung Malaysia (kecuali di negeri Perlis, Pahang, dan Kelantan) serta Kuching, Sarawak.

"Pejabat KWSP dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pulaakan kekal tutup sehingga dimaklumkan kelak. Setakat ini, hanya cawangan KWSP Kajangyang terkesan," katanya.

Semua perkhidmatan disediakan seperti biasa, melainkan perkhidmatan di negeri Sabah danWilayah Persekutuan Labuan yang terhad kepada Pengeluaran Umur 50/55/60 danPengesahan Cap Ibu Jari e-Pengeluaran, jelasnya.

Ahli-ahli yang telah membuat janji temu untuk berurusan dengan cawangan KWSP yang berkenaan di luar waktu operasi terkini diminta untuk menjadualkan semula melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu).

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

-- BERNAMA