awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumat mengenai 13 menteri disahkan positif COVID-19 adalah palsu - Ismail Sabri

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/10/2020
09:25 MYT
Maklumat mengenai 13 menteri disahkan positif COVID-19 adalah palsu - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan bahawa maklumat mengenai 13 menteri Kabinet didapati positif COVID-19, adalah berita palsu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan bahawa maklumat mengenai 13 menteri Kabinet didapati positif COVID-19, adalah berita palsu.
Beliau berkata sebaliknya hanya seorang menteri Kabinet yang didapati positif COVID-19, seperti yang sudah diketahui umum.
“Terdapat dakwaan di media sosial menyatakan 13 menteri Kabinet didapati positif COVID-19.
“Sebenarnya selain daripada menteri yang telah diumumkan dan diketahui umum, menteri lain kini berada di rumah masing-masing kerana menjalani kuarantin wajib di atas alasan kontak rapat bersama dengan menteri yang positif COVID-19 sewaktu mesyuarat sidang khas MKN baru-baru ini.
“Itu sahaja, tetapi berita yang keluar merupakan 13 menteri Kabinet yang positif, inilah antara berita palsu yang menular di media sosial,” jelas Ismail Sabri dalam sidang media pada Khamis.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Tambah beliau, sehingga 8 Oktober 2020, sebanyak 270 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 133 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 19 telah mengaku salah dan 12 diberikan notis amaran.
“Dalam masa yang sama sebanyak 384 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19,” jelas Ismail Sabri lagi.
BACA: Mukim Klang dikenakan PKPB, ini operasi yang masih dibenarkan beroperasi
BACA: PKPB hanya di Mukim Klang, ini 5 perkara tumpuan Menteri Kanan Pertahanan
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#Klang
#Mukim Klang
#Menteri positif COVID-19
#media sosial
#maklumat palsu
#menteri
#operasi
#kuarantin di rumah
#MKN
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan