KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat sulit kepada individu tertentu bagi tujuan politik.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui perkara itu berlaku dan mempercayai ia didalangi kakitangan pentadbiran negeri.
"Maklumat-maklumat ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi. Kita sudah ada Akta Rahsia Rasmi. Dan kemungkinan, ada kalangan kita yang membocorkan maklumat tersebut.
"Cuma sekarang ini kita belum ada bukti lagi. Kalau ada bukti, kita akan ambil tindakan.
"Kita sedar tentang maklumat itu dan sebahagiannya diberikan tafsiran yang tidak tepat. Itu yang jadi masalahnya," katanya.
Mohd Amar berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Stesen Mek Awe Panchor, di sini, semalam.
BACA: Isu pembalakan: NGO dakwa lebih 600,000 ekar hutan diteroka
BACA: Isu air Kelantan: 'Mengapa perlu RM7 bilion untuk selesaikan masalah?'
Menurutnya, terdapat maklumat sulit yang dibawa keluar sama ada dari pejabat kerajaan negeri atau dari anak syarikat dimanipulasi.
Mutakhir ini, terdapat maklumat berkaitan tender projek Air Kelantan, kawasan pembalakan, lot tanah dan sebagainya, yang didedahkan melalui platform media sosial kepada masyarakat umum.
Pendedahan dan penyebaran itu antaranya datang dari badan bukan kerajaan atau ahli politik.
Muhafandi Muhamad
Wed Jun 01 2022
MOHD AMAR: Sebahagian daripada maklumat yang dibocorkan itu diberi pentafsiran tidak tepat. Itu yang jadi masalah. - Foto Astro AWANI
ASNB lancar platform Ria, raih 6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
Mohd Amar akui hubungan kedua-dua parti masih seperti biasa dan apa yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.
Pas-PN yakin mentadbir negara selepas PRU16
Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berdasar realiti perkembangan politik ketika ini.
45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini
45 Ahli Adun Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 hari ini.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.
PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu
Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.
Senarai palsu nama calon Pas tak jejas jentera PRN - Mohd Amar
Penyebaran senarai nama calon Pas Kelantan yang palsu tidak menjejaskan gerak kerja jentera parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.