Malaysia adalah model pemerkasaan belia dalam kalangan negara Komanwel

Layne Robinson, Ketua Pembangunan Sosial, Direktorat Belia dan Gender, Sekretariat Komanwel, memuji Malaysia sebagai model pemerkasaan belia dengan nilai budaya dan institusi kukuh semasa Global Youth Work Conference. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah kepada Global Youth Work Conference buat pertama kali di Asia, adalah kerana ia antara negara yang kaya dengan nilai budaya, dan struktur institusi mampu membentuk pemerkasaan belia di peringkat global.
Ringkasan AI
- Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Global Youth Work Conference pertama di Asia kerana nilai budaya yang kaya dan struktur institusi yang mampu memperkasakan belia di peringkat global.
- Malaysia diiktiraf sebagai "permata" dalam sektor pembangunan belia disebabkan oleh Majlis Belia Kebangsaan yang beroperasi lebih 70 tahun serta menjadi lokasi International Youth Center di peringkat global.
- Ketua Pembangunan Sosial, Layne Robinson, mengiktiraf budaya kesantunan dan sikap inklusif masyarakat Malaysia sebagai contoh yang boleh dijadikan teladan oleh negara lain, sambil menekankan kepentingan penglibatan belia dalam Pelan Strategik Komanwel 2025–2030.
"Percampuran budaya, interaksi, saling belajar dan kembali membawa ilmu. Indah sekali. Inilah sebab praktikal mengapa Malaysia kekal sebagai permata bagi kami dalam sektor belia sepanjang bertahun-tahun. Kami mahu belajar.
“Asia pula merupakan rantau dengan populasi belia yang paling pesat. Populasi belia yang besar di sini seperti Bangladesh, Pakistan, 70 juta orang muda di Pakistan. Jadi, jika anda bercakap tentang pembangunan belia dan ke mana arahnya, anda mesti bercakap tentang Asia.
“Kami berbincang tentang Afrika sebagai benua termuda, tetapi dari segi jumlah, ia berada di Asia. Maka, apa sahaja yang berkesan atau tidak berkesan di sini, anda boleh pelajari dan bawa pulang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Agenda AWANI pada Rabu.
Robinson turut memuji budaya kesantunan dan sikap inklusif masyarakat Malaysia sebagai sesuatu yang boleh dijadikan teladan oleh negara lain.
Jelasnya, tradisi menghargai dan memberi penghormatan dalam setiap interaksi, dilihat sebagai nilai yang semakin hilang dalam dunia yang serba pantas.
“Keindahan semangat dan kesantunan yang saya lihat di Malaysia adalah sesuatu yang boleh kita bawa pulang dalam dunia yang sangat kompetitif,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Robinson berkata, Pelan Strategik Komanwel 2025–2030 meletakkan belia di pusat perbincangan dalam tiga tonggak utama: perdagangan, demokrasi dan iklim.
Beliau berkata, tiada kemajuan negara tanpa penglibatan belia secara menyeluruh., dan golongan itu perlu berada di pusat perbincangan, kerana tiada apa yang boleh bergerak ke hadapan tanpa melibatkan mereka.
Bercakap mengenai kerjasama di masa hadapan, Robinson berkata, Komanwel kini melancarkan Commonwealth Alliance for Young Persons di Asia serta menubuhkan persatuan pekerja belia untuk menggalakkan perkongsian profesional.
Langkah itu, jelasnya lagi, membuka ruang kepada belia Asia untuk berinteraksi dengan rakan sejawat di Afrika, Caribbean dan Pasifik.
“Kami telah mensasarkan rantau ini untuk pertumbuhan… mewujudkan platform serantau agar pemimpin muda boleh berhubung dengan ASEAN dan seterusnya,” tambahnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah faktor utama yang menjadikan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Global Youth Work Conference pertama kali di Asia? A: Malaysia dipilih kerana kekayaan nilai budaya serta struktur institusi yang mampu membentuk pemerkasaan belia di peringkat global.
- Q: Mengapakah Malaysia dianggap sebagai "permata" dalam sektor pembangunan belia oleh Ketua Pembangunan Sosial, Layne Robinson? A: Malaysia dianggap sebagai "permata" kerana mempunyai Majlis Belia Kebangsaan yang beroperasi lebih dari 70 tahun dan menjadi lokasi kepada salah satu daripada hanya empat International Youth Center di peringkat global.
- Q: Apakah yang ditekankan oleh Layne Robinson mengenai populasi belia di Asia dan kepentingannya dalam pembangunan belia? A: Layne Robinson menekankan bahawa Asia mempunyai populasi belia yang pesat dan perubahan positif atau negatif dalam pembangunan belia di Asia boleh memberi pengajaran yang berguna kepada rantau lain.
- Q: Apakah yang ditekankan dalam Pelan Strategik Komanwel 2025–2030 berkenaan belia? A: Pelan Strategik Komanwel 2025–2030 menitikberatkan belia dalam tiga tonggak utama: perdagangan, demokrasi, dan iklim, kerana tanpa penglibatan belia secara menyeluruh, tiada kemajuan negara.
- Q: Apakah langkah yang diambil oleh Komanwel untuk mewujudkan persatuan profesional belia di Asia? A: Komanwel melancarkan Commonwealth Alliance for Young Persons di Asia serta menubuhkan persatuan pekerja belia untuk menggalakkan perkongsian profesional dan interaksi antara belia Asia dengan rakan sejawat di rantau lain.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

