awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia adil, munasabah tangani kes pembunuhan Jong Nam - Korea Selatan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/03/2017
06:08 MYT
Malaysia adil, munasabah tangani kes pembunuhan Jong Nam - Korea Selatan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kanan) bersalaman dengan Chung Sye-kyun ketika menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Korea Selatan itu di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Korea Selatan menyifatkan Malaysia sebagai adil dan munasabah dalam mengendalikan siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Perkara tersebut diakui Speaker Parlimen Korea Selatan, Chung Sye Kyun yang mengakui Malaysia tidak berganjak dengan pendekatan tersebut walaupun menerima tekanan daripada Korea Utara.
Sye Kyun sekali gus memberi bayangan siasatan tersebut dikendalikan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
“Kerajaan Malaysia berlaku adil dan sentiasa munasabah sepanjang berdepan dengan pelbagai rintangan ketika mengendalikan isu ini (kematian Jong Nam).
“Saya harap rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara akan diberi kebenaran pulang ke tanah air mereka secepat mungkin dan dalam keadaan selamat,” katanya.
Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di pejabatnya di Parlimen, di sini.
Pada 13 Februari lalu, Jong Nam dibunuh menggunakan senjata kimia iaitu Agen Saraf VX yang disembur ke mukanya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk ke Macau.
Sye Kyun berkata, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk hal ehwal perdagangan dan ekonomi kedua-dua negara.
“Kami turut menyatakan minat dan keupayaan Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan terhadap projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang akan dibina menghubungkan Malaysia dan Singapura,” katanya.
Topic Berkaitan
#kim jong nam
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan