awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines bekerjasama dengan 15below tawar perkhidmatan pelanggan automatik

Bernama
Bernama
07/10/2021
12:49 MYT
Malaysia Airlines bekerjasama dengan 15below tawar perkhidmatan pelanggan automatik
Malaysia Airlines Bhd bekerjasama dengan 15below yang akan memberi maklumat terkini dengan lancar serta membantu penumpang sekiranya berlaku perubahan jadual penerbangan atau lain-lain.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd bekerjasama dengan 15below, penyedia komunikasi penumpang automatik terkemuka dalam industri pelancongan untuk menawarkan platform perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital syarikat penerbangan nasional itu.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, platform itu akan memberi maklumat terkini dengan lancar serta membantu penumpang sekiranya berlaku perubahan jadual penerbangan atau lain-lain yang berkaitan.
"Bekerja dengan rakan kongsi kami, 15below, Malaysia Airlines kini dapat menambahbaik khidmat pelanggannya sesuai dengan keperluan penumpang.
"Kami telah menyaksikan kejayaan penggunannya bersempena dengan pembukaan Langkawi sebagai program perintis gelembung pelancongan. Ia terbukti berkesan dalam memastikan pelanggan kami mendapat maklumat mengenai perubahan terkini dalam mematuhi garis panduan melakukan perjalanan ditetapkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Platform 15below itu digunakan oleh 57 jenama pengembaraan paling berjaya di dunia yang menyediakan teknologi untuk terus berhubung dengan penumpang sepanjang perjalanan mereka, melibatkan tempahan hingga kepada jadual ketibaan dan sebagainya, katanya.
Lau berkata, peralatan automasi canggih itu pada sistem tempahan Malaysia Airlines akan memberikan ciri-ciri unggul yang menjimatkan kos dan khusus.
"Ia akan memastikan pelanggan mengawal rancangan perjalanan mereka. Penumpang akan diberi maklumat perjalanan yang terkini, boleh dipercayai, melibatkan pengesahan jadual perjalanan, perubahan jadual, dan pembatalan penerbangan apabila berlaku gangguan.
"Fasa 2 dan Fasa 3 projek ini dijangka siap pada suku ketiga 2022 dan kami percaya penggunaan peralatan automasi ini adalah tepat pada masanya kerana kami sedang melakukan persediaan untuk pembukaan semula pengembaraan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#15below
#komunikasi penumpang automatik
#transformasi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan