PUTRAJAYA:Pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini (21 Feb).
Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb.
Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), Mohd Zulkefly Ujang berkata, pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.
"Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya, jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ," katanya kepada Bernama.
MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilaksanakan.
"Ketika pandemik penumpang tiada. Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C iaitu penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti test-kit COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka," katanya.
[Ikuti laporan perkembangan vaksin COVID-19 di sini]
Mengenai persiapan di lokasi ketibaan vaksin, Mohd Zulkefly berkata, persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar.
"Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir," katanya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan, vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada 21 Feb, menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb ini.
Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.
Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei hingga Februari tahun depan. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021
Pesawat Malaysia Airlines akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari. - Gambar BERNAMA
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Satu lagi pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
Flight Radar24 menunjukkan MH66 berlepas dari Terminal 1 KLIA 1 jam 12.01 tengah malam Isnin ke Seoul, Korea Selatan berbanding jadual asalnya jam 11.30 malam Ahad.
Malaysia Airlines dengan Jalur Gemilang terbangkan vaksin COVID-19
Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech.
Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).