KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Firefly Sdn Bhd akan melanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 mereka secara dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih yang menawarkan penjimatan besar ke atas tambang penerbangan dan faedah nilai untuk wang yang lain untuk perjalanan sepanjang tahun.
Menurut MAB dalam kenyataan, mulai 8 April hingga 17 April, syarikat penerbangan nasional itu menawarkan diskaun sehingga 45 peratus untuk penerbangan ke semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih untuk perjalanan segera sehingga 30 Nov 2022.
Perjalanan domestik dari serendah RM79 untuk perjalanan sehala semua dalam satu di Semenanjung Malaysia melalui Kelas Ekonomi syarikat penerbangan itu, dengan elaun bagasi kabin sebanyak 7kg, snek atau makanan dan minuman percuma.
Malaysia Airlines menawarkan tawaran perjalanan antarabangsa dari serendah RM596 untuk perjalanan pergi balik semua dalam satu ke lebih 20 destinasi termasuk London, Sydney, Perth, Seoul, Mumbai, Delhi, Hyderabad, Chennai dan banyak lagi.
Selain daripada tawaran menarik ini, pelanggan yang membeli tiket Kelas Ekonomi daripada laman web Malaysia Airlines sepanjang tempoh kempen ini berpeluang menikmati naik taraf ke Kelas Perniagaan.
Selain itu, syarikat penerbangan sekutunya, Firefly, turut memberikan tawaran di aplikasi mudah alih/laman web mulai hari ini hingga 10 April, 2022, dengan tawaran diskaun tiket sehingga 50 peratus ke semua destinasi dalam rangkaiannya, untuk perjalanan bermula 14 April hingga 29 Okt, 2022.
Ini termasuk laluan baharu yang dinanti-nantikan dari Hab Pulau Pinangnya, yang akan beroperasi pada 11 April, 2022, termasuk penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
"Kami telah menerima maklum balas positif daripada pelanggan di seluruh dunia berikutan pembukaan semula sempadan negara dan gembira untuk mengalu-alukan mereka kembali merasai budaya, warisan, tradisi dan alam semula jadi Malaysia serta sudah tentu pelbagai tawaran masakan yang enak sekali lagi!," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines Lau Yin May.
Tempoh kempen itu juga akan menyaksikan diskaun sehingga 50 peratus untuk penerbangan dan pakej hotel, bermula daripada RM219 untuk penginapan tiga hari dua malam di dalam negara atau luar negara bermula daripada RM979 untuk penginapan minimum tiga malam ke destinasi seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan Australia.
Pelanggan yang menempah melalui cabang operasi pelancongannya, MHholidays boleh mendapat faedah daripada nilai elaun bagasi 35kg, makanan dalam pesawat dan pemilihan tempat duduk percuma, antara lainnya.
Ia menawarkan diskaun sehingga 25 peratus ke atas pilihan tempat duduk, bagasi tambahan dan tawaran pakej nilai untuk masa terhad sahaja manakala ahli Enrich akan mendapat 10 peratus Bonus Enrich Points untuk semua kelas tambang ke semua destinasi yang layak semasa tempoh promosi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Perjalanan domestik dari serendah RM79 untuk perjalanan sehala semua dalam satu di Semenanjung Malaysia.

Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Pasukan lelaki Malaysia telah bermain dalam kesemua 16 edisi sejak hoki membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada 1958 di Tokyo, namun pingat emas yang diidam sentiasa terlepas daripada genggaman.

Kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM Anwar
Beliau berkata demikian menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Hassan Abdul Karim.

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.

Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak
Libat urus ini bukan sahaja hanya melibatkan satu atau dua agensi semata-mata, tetapi perlu lebih menyeluruh membabitkan ramai pihak pelbagai latar belakang.

'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun
Rakyat Malaysia dilihat sibuk merancang percutian dalam dan luar negara, mungkin bagi meredakan tekanan selepas melihat banyak perkara terjadi di dalam negara.

Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Malaysia Airlines, Firefly lanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Firefly Sdn Bhd akan melanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih.

Malaysia Airlines sasar jualan RM100 juta sempena Matta Fair
Sasaran itu akan didorong jualan daripada destinasi popular seperti London, Australia, Kuching dan Kota Kinabalu.

MATTA Fair 2020 dalam talian satu lonjakan untuk promosi pelancongan
Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September tahun ini dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan.

Dewan Tun Razak PWTC terbakar sewaktu pameran MATTA
Kebakaran melibatkan barang-barang yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat 1. Keluasan kebakaran dianggarkan 10 kali 10 kaki persegi dan terbakar 10 peratus.

Program Tourism Malaysia Travel Mart 2019 sasar jualan RM500,000
Program Tourism Malaysia Travel Mart 2019 dijangka menjana pulangan kontrak sebanyak RM500,000.