awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines nafi tiga kakitangannya ditahan kerana seludup kura-kura di Dhaka

Bernama
Bernama
15/02/2016
00:51 MYT
Malaysia Airlines nafi tiga kakitangannya ditahan kerana seludup kura-kura di Dhaka
Malaysia Airlines berkata mereka yang terlibat secara langsung bukan kakitangannya dan insiden itu masih disiasat dengan terperinci.
Malaysia Airlines menafikan laporan media bahawa tiga lelaki yang ditahan kerana menyeludup kura-kura di lapangan terbang di Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat ialah kakitangannya.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Malaysia Airlines berkata mereka yang terlibat secara langsung bukan kakitangannya dan insiden itu masih disiasat dengan terperinci.
“Syarikat tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kakitangan, kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang bersalah atas kesalahan jenayah dan menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata beliau.
Menurut media tempatan, tiga kakitangan Malaysia Airlines telah ditahan kerana menyeludup 30 ekor kura-kura yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat.
Mereka dikenali sebagai Samiur Rahman, 35, Jewel Ahmed, 29, dan Mizanur Rahman, 30.
Topic Berkaitan
#Dhaka
#kura-kura
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan