awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines raikan penerbangan pertama ke Haneda

Bernama
Bernama
14/08/2022
20:02 MYT
Malaysia Airlines raikan penerbangan pertama ke Haneda
Perkhidmatan baharu ini akan menyokong operasi sedia ada Kuala Lumpur-Tokyo Narita bagi Malaysia Airlines. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines meraikan penerbangan terus yang pertamanya, MH36 (JL7096) antara Kuala Lumpur (KUL) Tokyo Haneda (HND) dengan acara pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Penerbangan itu berlepas pada 2.45 petang waktu tempatan, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.
Pada acara tersebut, penumpang dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan diberikan beg cenderahati daripada Malaysia Airlines dan Malaysia Airport Holdings Bhd.
Antara penumpang penerbangan sulung itu adalah barisan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dalam perjalanan mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (AC), yang akan diadakan di Jepun.
Perkhidmatan dua kali seminggu itu akan dikendalikan oleh pesawat A330-300, dilengkapi dengan 290 tempat duduk, merangkumi 27 tempat duduk Kelas Perniagaan, 16 tempat duduk Ekonomi dengan ruang kaki tambahan dan 247 Kelas Ekonomi.
Perkhidmatan baharu ini akan menyokong operasi sedia ada Kuala Lumpur-Tokyo Narita bagi Malaysia Airlines, menjadikan sambungan dan jadual perjalanan ke destinasi Kuala Lumpur-Tokyo lebih selesa menggunakan hab-hab antarabangsa di Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#penerbangan
#Haneda
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan