awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines tawar diskaun tambang 20 peratus

Bernama
Bernama
28/07/2023
13:15 MYT
Malaysia Airlines tawar diskaun tambang 20 peratus
Mereka yang ingin melancong boleh menempah percutian impian mereka dengan kemudahan laman web rasmi Malaysia Airlines dan aplikasinya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mempelawa pelancong untuk menempah percutian ke destinasi impian mereka dengan diskaun sehingga 20 peratus untuk tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa, boleh didapati mulai sekarang hingga 10 Ogos 2023 untuk perjalanan segera sehingga 15 Dis 2023.
Menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini, destinasi domestik bermula daripada RM89 melalui tambang Economy Lite syarikat penerbangan itu, yang disertakan dengan elaun bagasi kabin seberat tujuh kilogram (kg), snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan.
"Bagi mereka yang ingin meneroka destinasi antarabangsa, nikmati tambang termasuk semua sehala bermula daripada hanya RM249 untuk Economy Basic.
"Tambang Economy Basic termasuk elaun bagasi daftar masuk 20kg percuma, elaun bagasi kabin tujuh kg, snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan," katanya.
Mereka yang ingin melancong boleh menempah percutian impian mereka dengan kemudahan laman web rasmi Malaysia Airlines dan aplikasinya, menurut syarikat penerbangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#laman web rasmi
#minuman percuma
#bagasi kabin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan