awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan dengar penjelasan terperinci SOP haji daripada Arab Saudi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/03/2021
07:33 MYT
Malaysia akan dengar penjelasan terperinci SOP haji daripada Arab Saudi
Datuk Seri Zulkifli Mohd Al Bakri menghadiri Majlis Lawatan Mahabbah dan Pelancaran Dana Wajar Yayasan Islam Negeri Kedah di Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR), di Alor Setar pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Kerajaan akan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) Arab Saudi sebagai persediaan menghantar jemaah haji dan umrah ke Tanah Suci.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohd Al Bakri berkata, beliau sendiri akan ke Arab Saudi bagi membincangkan SOP antara kedua-dua negara.
“Insya-Allah saya sendiri akan pergi (Arab Saudi) dalam seminggu dua lagi untuk melihat SOP… Insya-Allah ulasan panjang lebar akan kami beri selepas daripada ini,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Lawatan Mahabbah dan Pelancaran Dana Wajar Yayasan Islam Negeri Kedah di Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR), di sini hari ini.
BACA: Kos haji dijangka naik ke RM25,000
BACA: Jemaah haji akan divaksin selepas TH kemuka senarai nama - Khairy
BACA: Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji
Zulkifli sebelum ini dilaporkan berkata, SOP ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelak jemaah Malaysia dihalang daripada mengerjakan haji pada tahun ini.
Ditanya mengenai suntikan vaksin kepada jemaah pula, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan KKM untuk menentukan garis panduan bersesuaian.
Bagaimanapun, Zulkifli berkata, garis panduan hanya akan dikeluarkan pihaknya selepas mendapat keputusan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu.
“Kolaborasi akan dibuat antara kita dengan MOSTI dan juga dengan KKM… secara verbal mereka akan beri kerjasama yang baik selepas kita mendapat keputusan (SOP haji) dan syarat-syarat yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi, maka kita akan cuba berusaha maksimum mungkin serapat mungkin untuk jemaah-jemaah kita,” ujar beliau.
Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah, sebelum ini dilaporkan berkata, antara syarat utama kemasukan jemaah haji pada Julai depan ialah wajib mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#SOP
#Haji
#umrah
#Tanah Suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan