awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah haji akan divaksin selepas TH kemuka senarai nama - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2021
07:56 MYT
Jemaah haji akan divaksin selepas TH kemuka senarai nama - Khairy
Khairy memberitahu, pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji akan dibuat selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pemberian vaksin COVID-19 kepada bakal jemaah haji akan dibuat selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadah berkenaan tahun ini.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 menyokong cadangan untuk memberi vaksin kepada permohonan yang dikemukakan Lembaga Tabung Haji (TH).
Menurutnya, TH akan mengemukakan permohonan dan senarai nama jemaah yang bakal mengerjakan haji mengikut jadual tertentu.
"Malaysia masih menanti keputusan muktamad Arab Saudi untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.
"Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin," katanya pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini, pada Isnin.
Namun begitu, Khairy yakin jumlah bakal jemaah haji tahun ini tidak ramai kerana perlu mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP), khususnya membabitkan penjarakan fizikal bagi membendung penularan COVID-19.
"Kita menjangka jumlah bakal jemaah haji tidak ramai, justeru ada bekalan mencukupi untuk diberikan kepada mereka," katanya lagi.
[TERKINI] Sidang media perkembangan PICK
Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, menggesa 31,600 bakal jemaah haji tahun 2021 yang mendapat surat tawaran mengerjakan ibadah itu tahun lalu, agar segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.
Langkah itu adalah sebahagian daripada persiapan bakal jemaah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran menunaikan haji tahun ini.
Topic Berkaitan
#Haji
#Tabung Haji
#Khairy Jamaluddin
#Arab Saudi
#jemaah haji
#Kementerian Kesihatan
#program vaksinasi
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan