awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan hantar misi bantuan ke Lombok - PM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/07/2018
05:39 MYT
Malaysia akan hantar misi bantuan ke Lombok - PM
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memproses untuk membawa pulang jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat. - Gambar Reuters
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang berusaha memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana susulan kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB) Indonesia.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia juga berhasrat untuk menghantar bantuan kepada rakyat Indonesia yang terjejas dalam insiden terbabit.
"Pegawai kedutaan kita sedang berusaha menentukan keselamatan rakyat kita yang berada di sana.
"Kita juga ingin memberi bantuan kepada rakyat Indonesia yang menjadi mangsa gempa bumi," ujar beliau pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda Pulau Lombok pagi semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa setakat ini.
Seramai 162 orang turut tercedera dalam kejadian yang memusnahkan ribuan rumah penduduk setempat.
Sekumpulan rakyat Malaysia antara mangsa yang terkandas di Senggigi, Lombok Utara susulan gempa bumi tersebut.
Kini, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memproses untuk membawa pulang jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat.
Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail, 30, yang kini ditempatkan di Hospital Selong, Timur Lombok akan dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Provinsi NTB di Bandar Mataram, sebelum dibawa pulang.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Kedutaan Besar Malaysia
#Lombok
#Mahathir Mohamad
#misi bantuan
#NTB
#Nusa Tenggara Barat
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan