Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, yang berlaku di peringkat global, boleh menjadikan ekonomi Malaysia berdepan kesukaran sekiranya industri tidak bersedia.
Malah, ekonomi baru muncul seperti Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja boleh menyaingi dan mengalahkan Malaysia melalui revolusi industri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KnowledgeCom Corporation Sdn Bhd S.T Rubaneswaran berkata kebanyakan industri Malaysia masih berada dalam Industri 2.0 yang berasaskan buruh dan perlu meningkatkan tahap untuk sampai ke 4.0.
Revolusi perindustrian pertama tertumpu pada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua pada elektrik untuk mengubah barisan pemasangan dan ketiga berkisar kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk terus mengautomasikan lagi barisan pengeluaran.
Revolusi perindustrian keempat pula akan menyaksikan Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian.
Ia adalah trend semasa automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan "kilang pintar", di mana mesin disambungkan dengan web dan kepada satu sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran dan membuat keputusan dengan sendiri.
Rubaneswaran berkata Industri 4.0 akan berdasarkan kepada sembilan tonggak - robot automasi, simulasi, integrasi sistem, IoT, keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, realiti diperkukuhkan, analisis data besar, serta integrasi sistem menegak dan melintang.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan PricewaterhouseCoopers' terhadap 20,000 syarikat di 29 negara dari Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa dalam tempoh lima tahun, syarikat-syarikat ini akan melabur hampir US$1 trilion setahun untuk mengubah kepada Industri 4.0.
"Ini akan membantu meningkatkan perolehan mereka pada kadar tahunan sebanyak 4.3 peratus dan pengurangan kos sebanyak 3.4 peratus.
"Bagi industri pembuatan, bagi yang berjaya mengurangkan kos sebanyak 18 peratus dalam tempoh lima tahun, boleh menghapuskan persaingan dengan mudah kerana margin mereka terhad," katanya.
Ekonomi Malaysia merupakan yang keempat terbesar di Asia Tenggara, selepas negara yang mempunyai penduduk lebih ramai iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina, dan yang ketiga terkaya mengikut keluaran dalam negara kasar nilai per kapita, selepas Singapura dan Brunei.
Bagaimanapun, Rubaneswaran berkata unjuran pakar ekonomi menunjukkan perkara ini boleh berubah tidak lama lagi apabila ekonomi baru muncul seperti Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja mengatasi Malaysia melalui Industri 4.0.
Sejak 10 tahun lepas, negara-negara ini berasaskan pertanian dengan industri yang kecil, katanya.
"Sekarang kerana mereka bergerak ke arah perindustrian, mereka mula dari awal tanpa isu legasi untuk menggunakan revolusi perindustrian terkini lebih cepat, dalam membina infrastruktur pembuatan dan pengeluaran mereka," kata Rubaneswaran.
Pada pandangan beliau, sebab peralihan pelaburan asing ke negara-negara jiran juga bukan disebabkan oleh faktor buruh murah tetapi kepada penggunaan amalan industri baru yang lebih mudah.
Oleh itu, terdapat keperluan bagi Malaysia menyediakan modal insan ke arah teknologi baru ini untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini, katanya.
Walaupun Malaysia telah mengambil langkah-langkah ke arah beralih kepada teknologi, Rubaneswaran berkata lebih banyak usaha diperlukan memandangkan cabaran terbesar negara masih terletak pada kekurangan pekerja terlatih dari segi teknologi.
"Negara ini mempunyai tiga lapisan tenaga kerja dengan tiga teknologi dan generasi berbeza - generasi dewasa (berumur 40 tahun ke atas), pertengahan, generasi yang baru keluar dari universiti.
"Jadi untuk mengubah kesemua mereka terutama generasi pertengahan dan lebih tua untuk menggunakan teknologi baru dan bersaing dengan orang-orang muda yang keluar dari universiti adalah satu cabaran," katanya.
KnowledgeCom, penyedia latihan IT tempatan lebih 10 tahun juga berkembang sejak beberapa tahun daripada menyediakan latihan satu teknologi, iaitu Industri 3.0 kepada Industri 4.0.
Bagi latihan Industri 4.0, Rubaneswaran berkata syarikat itu akan memberi tumpuan kepada empat tonggak termasuk keselamatan siber, data besar, IoT dan pengkomputeran awan.
Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran generasi semasa dan tenaga kerja akan datang, beliau berkata syarikat itu telah bekerjasama dengan tujuh negeri dengan sokongan kerajaan persekutuan untuk membuka Pusat Latihan Kecemerlangan (CoET) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.
KnowledgeCom telah memulakan program CoET di Pulau Pinang serta Perak dan dijangka memulakan operasi di Sabah, Sarawak dan Johor pada Januari tahun ini.
Melalui kerjasama itu, syarikat sedang menjangka dapat memberi latihan dan mengesahkan 3,300 pekerja Industri 4.0 di seluruh Malaysia di bawah program CoET menjelang 2018, katanya.
"Industri di negeri-negeri berkenaan kini mempunyai saluran untuk melihat ke arah Industri 4.0 dan memulakan latihan sekarang, dan respons sangat baik, berdasarkan permintaan daripada industri di sana," katanya.
Mengenai masa hadapan, beliau berkata KnowledgeCom akan memanfaatkan program latihan dipacu oleh Industri 4.0 bagi memberi sumbangan dengan ketara kepada syarikat itu.
Perolehan syarikat berkembang kepada kira-kira RM11 juta sehingga 31 Mac, 2015 daripada RM7 juta setahun sebelumnya dan dijangka terus meningkat pada 30 peratus setahun.
Selepas menumpukan kepada pengembangan tempatan pada 2016, syarikat kini meninjau ASEAN, terutamanya Filipina dan Vietnam. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
Revolusi perindustrian keempat pula akan menyaksikan Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Malaysia akan ketinggalan jika abaikan industri 4.0
Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, yang berlaku di peringkat global, boleh menjadikan ekonomi Malaysia berdepan kesukaran sekiranya industri tidak bersedia.