awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan semak semula menurun unjuran pertumbuhan KDNK 2021 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
29/06/2021
10:45 MYT
Malaysia akan semak semula menurun unjuran pertumbuhan KDNK 2021 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan yakin pelaksanaan PEMULIH, yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam boleh meningkatkan KDNK sebanyak dua peratus. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2021 akan disemak semula menurun, mengambil kira impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
"Unjuran baharu itu dijangka diumumkan pada pertengahan Ogos, bersama dengan angka defisit," katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan KDNK 2021 negara berada dalam jajaran antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus.
"Kami kini sedang mengkaji impak PKP ketika ini di bawah Fasa 1, 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara.
"Fasa 4 mungkin mempunyai impak yang sedikit ke atas KDNK susulan pengenalan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)," katanya.
Tengku Zafrul berkata kerajaan yakin pelaksanaan PEMULIH, yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam boleh meningkatkan KDNK sebanyak dua peratus.
Mengenai suntikan fiskal langsung sebanyak RM10 bilion di bawah PEMULIH, beliau berkata dana itu diperoleh daripada peningkatan hasil kerajaan, sebahagiannya daripada dividen tinggi daripada badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan, pengoptimuman perbelanjaan dan peningkatan pinjaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unjuran KDNK
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#semak semula
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Menteri Kewangan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan