awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan terus sokong Palestin

Bernama
Bernama
15/10/2023
12:52 MYT
Malaysia akan terus sokong Palestin
Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang ancaman diterima namun dalam masa sama menasihatkan rakyat supaya tidak khuatir. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Malaysia akan terus kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin biarpun menerima ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru semalam berikutan sokongan negara terhadap Palestin.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang ancaman diterima namun dalam masa sama menasihatkan rakyat supaya tidak khuatir.
"Pihak polis telah menyatakan itu adalah ancaman yang sengaja dibuat, cuma kita perlu berjaga-jaga dan tidak perlu khuatir pun," katanya yang juga Presiden UMNO selepas merasmikan Pejabat UMNO Bahagian Tangga Batu di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Rais Yasin.
Semalam, seorang lelaki warga asing disyaki membuat panggilan telefon mendakwa meletakkan bom di pusat beli belah The Mall Mid Valley Southkey dan St Giles Hotel Southkey dengan amaran supaya berhenti menyokong Palestin.
Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus mengumpul derma bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan berlanjutan ke atas mereka sejak sekian lama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#ancaman bom
#Palestin
#panggilan telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan