awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alu-alukan Arab Saudi manfaatkan penyertaan negara dalam RCEP - MITI

Bernama
Bernama
08/06/2022
13:41 MYT
Malaysia alu-alukan Arab Saudi manfaatkan penyertaan negara dalam RCEP - MITI
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan Arab Saudi untuk memanfaatkan kedudukan negara sebagai pintu masuk bagi perusahaan negara tersebut untuk menembusi pasaran ASEAN serta pasaran Asia yang lebih besar menerusi penyertaan negara dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Ini akan menjadi amat strategik memandangkan pelancaran Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) baru-baru ini yang mana Malaysia merupakan negara rakan kongsi," katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan dan delegasinya ke atas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya hari ini.
MITI berkata semasa pertemuan tersebut, Malaysia dan Arab Saudi mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.
Malaysia juga menyambut baik kenyataan Putera Faisal yang mengketengahkan kemungkinan mewujudkan perjanjian perdagangan Malaysia-Majlis Kerjasama Teluk ke arah integrasi ekonomi yang lebih kukuh antara Malaysia dan negara-negara Teluk.
Menurut MITI, Azmin mengalu-alukan perniagaan Arab Saudi untuk meneroka peluang perdagangan dan pelaburan dengan syarikat Malaysia terutamanya dalam projek pembuatan berteknologi tinggi dan industri baharu.
"Dalam hal ini, kedua-dua pihak bersetuju akan kepentingan perniagaan diterajui oleh sektor swasta," katanya.
Pada 2021, Arab Saudi merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.
Malaysia meraih jumlah perdagangan sebanyak RM17.56 bilion dengan Arab Saudi pada 2021 dan setakat April 2022, mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM10.42 bilion, menandakan peningkatan 98.2 peratus berbanding RM5.26 bilion pada tempoh yang sama pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Arab Saudi
#ASEAN
#RCEP
#MITI
#Azmin Ali
#menteri luar arab saudi
#Putera Faisal bin Farhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan