awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia amat khuatir terhadap veto UNSC gagalkan resolusi gencatan senjata Gaza

Bernama
Bernama
19/09/2025
20:00 MYT
Malaysia amat khuatir terhadap veto UNSC gagalkan resolusi gencatan senjata Gaza
Pada Khamis, Amerika Syarikat sekali lagi menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan di Semenanjung Gaza. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia menyuarakan rasa amat khuatir terhadap penggunaan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menggagalkan satu resolusi menuntut gencatan senjata segera dan berkekalan serta penamatan sekatan ke atas bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata, Suruhanjaya Siasatan PBB telah jelas membuktikan bahawa jenayah genosid sedang dilakukan di wilayah Palestin yang diduduki.
"Penggunaan kuasa veto ini hanya akan menggalakkan rejim Zionis Israel untuk terus melakukan jenayah genosid dan kemusnahan Gaza, yang telah dikecam Malaysia sekeras-kerasnya tanpa berbelah bagi," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu menegaskan, Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha menegakkan keamanan dan keadilan bagi rakyat Palestin.
"Malaysia sekali lagi menegaskan sokongan padu terhadap penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara, serta kemasukan segera dan tanpa syarat sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Pada Khamis, Amerika Syarikat sekali lagi menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan di Semenanjung Gaza.
Menurut laporan media, semua 14 anggota Majlis lain menyokong draf berkenaan yang turut menggesa Israel menamatkan sekatan terhadap penghantaran bantuan kepada 2.1 juta penduduk Palestin di wilayah itu, namun ia digagalkan oleh undi negatif Washington.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNSC
#kuasa veto
#Malaysia
#resolusi gencatan senjata Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan