awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia anjurkan mesyuarat pakar cari maklumat kotak hitam

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2014
01:21 MYT
Malaysia anjurkan mesyuarat pakar cari maklumat kotak hitam
Malaysia akan menganjurkan mesyuarat pakar teknologi maklumat dalam industri penerbangan bulan hadapan bagi mencari jalan membolehkan maklumat daripada kotak hitam sesebuah pesawat disalur terus ke pusat pangkalan data bumi.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata mesyuarat itu akan membincangkan kaedah bagi menaik taraf sistem kotak hitam tersebut.
Mesyuarat terbabit akan diketuai dan diselenggara oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan disokong sepenuhnya oleh SKMM.
Penganjuran seminar itu susulan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Sehingga kini usaha mengesan kotak hitam pesawat masih diteruskan memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam itu hanya berbaki dua hari sebelum isyaratnya padam.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman serta Lautan Hindi selepas analisa data satelit menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada minggu lalu meminta ITU membangunkan sistem tercanggih untuk memudahkan penghantaran data penerbangan dalam masa nyata susulan kehilangan pesawat MAS itu.
Topic Berkaitan
##MengenangMH370
#kotak hitam
#Kuala Lumpur
#MH370
#penerbangan Malaysia
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan