KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi bersetuju menganjurkan Pertunjukan Fesyen Malaysia-Arab Saudi di Kuala Lumpur yang akan memberi fokus dalam mempromosikan keunikan seni tekstil kedua-dua negara.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan perkara itu dicapai menerusi mesyuarat dua hala antara menterinya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kebudayaan Arab Saudi Putera Badr Abdullah.
"Selain itu, antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama kebudayaan khususnya dalam bidang pemuziuman antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia pada tahun depan," menurut kenyataan itu.
Nancy telah mewakili kerajaan Malaysia ke Persidangan Dunia UNESCO mengenai Dasar Kebudayaan dan Pembangunan Lestari (MONDIACULT 2022) yang diadakan di Mexico City, Mexico pada 28 hingga 30 Sept.
MOTAC dalam kenyataan sama memaklumkan Nancy menyampaikan kenyataan negara yang bertemakan 'Renewed and Strengthened Cultural Policies' dalam persidangan itu.
Melalui kenyataan negara tersebut, beliau telah berkongsi inisiatif negara dalam membangunkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) sebagai sumber rujukan membentuk masyarakat Malaysia yang berbudaya ke arah menjadi sebuah negara maju.
"Beliau turut mengutarakan perencanaan Malaysia dalam hala tuju sektor kebudayaan melalui transformasi pendigitalan dan pelaburan khusus berpaksikan pemeliharaan, pemuliharaan serta pengembangan industri seni, budaya dan kreatif," menurut kenyataan itu.
Sebagai wakil Malaysia yang merupakan anggota Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara untuk sesi 2022-2026, Nancy turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Menteri Kebudayaan Guatamala Mario Roberto Maldonado Samayoa.
Antara perkara yang dikongsikan dalam pertemuan tersebut adalah pengalaman mengenai pencalonan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (WTK) di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Perkara itu dicapai menerusi mesyuarat dua hala antara menterinya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kebudayaan Arab Saudi Putera Badr Abdullah. - Facebook/Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Digitalisasi dalam perniagaan baiki telefon bimbit
Bermula dengan membaiki telefon bimbit dari rumah namun sehinggalah berjaya memiliki kedai membaiki telefon pintarnya sendiri. Berkongsi kisahnya, Mohd Shahir Abdul Majid, 32 tahun dari Bandar Perda Bukit Mertajam berkata, dia memulakan khidmat membaiki telefon pintar di rumah pada 2015 bagi menampung kos sara hidup.

Malaysia-Arab Saudi setuju anjur pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur
Pertunjukan fesyen itu akan memberi fokus dalam mempromosikan keunikan seni tekstil kedua-dua negara.