awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, ASEAN bincang pelaksanaan pilihan raya Myanmar pada lawatan kerja 19 Sept ini

Bernama
Bernama
14/08/2025
14:30 MYT
Malaysia, ASEAN bincang pelaksanaan pilihan raya Myanmar pada lawatan kerja 19 Sept ini
Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata lawatan rasmi ke Myanmar pada 19 Sept bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Filipina serta Thailand antara lain membincangkan kaedah pelaksanaan pilihan raya yang dirancang di negara berkenaan. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata lawatan rasmi ke Myanmar pada 19 Sept bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Filipina serta Thailand antara lain membincangkan kaedah pelaksanaan pilihan raya yang dirancang di negara berkenaan.
Mohamad berkata pertemuan delegasi itu dengan Pemangku Presiden Myanmar mahu memastikan proses pilihan raya itu dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Myanmar.
Beliau berkata hasil lawatan itu akan dibentangkan kepada kepimpinan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini.
Menurutnya Myanmar juga perlu mematuhi sepenuhnya Konsensus Lima Perkara (5PC) termasuk gencatan senjata, dialog inklusif dan bantuan kemanusiaan tanpa halangan sebagai langkah utama ke arah memulihkan keamanan dan kestabilan negara berkenaan.
"Selagi keadaan keselamatan dan kestabilan politik di Myanmar tidak pulih serta kerajaan yang dipilih secara demokratik belum dibentuk, isu pelarian Rohingya tidak akan dapat diselesaikan. Bangladesh terpaksa menguruskan 1.3 juta orang Rohingya di negara mereka, khususnya di kawasan Cox's Bazar.
"Malaysia juga tidak terkecuali, kita mengurus pelarian Rohingya ini hampir 150,000. Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita menerima mereka untuk sementara waktu sahaja bukan untuk selamanya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Heights, Seremban di sini hari ini.
Mohamad berkata beliau mahu mendapatkan penjelasan sama ada pilihan raya itu akan dilaksanakan secara menyeluruh memandangkan masih terdapat 63 bandar atau kawasan yang dikenakan darurat oleh Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC) Myanmar.
Pada 31 Julai lepas, dilaporkan junta Myanmar mengumumkan penubuhan sebuah badan baharu bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini, sekali gus menamatkan perintah darurat yang berkuat kuasa sejak rampasan kuasa 2021.
Berikutan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan dan Keamanan baharu yang turut dipengerusikan oleh Min Aung Hlaing, junta memaklumkan bahawa perintah darurat secara rasmi ditamatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#ASEAN
#pilihan raya Myanmar
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan