KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan kempen untuk membantu rakyat Palestin di Gaza berkata Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kini dibuka kepada lebih banyak agensi dan pertubuhan untuk membantu pengumpul dana menyalurkan sumbangan.
"Sebaik kempen mengumpul dana anda berakhir dan anda tidak pasti bagaimana untuk menyalurkan sumbangan anda ke Palestin - kami di Kementerian Luar sedia membantu.
"Melalui AAKRP, kementerian akan menyalurkan terus sumbangan kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika melancarkan kempen "HUMANITARIAN AID FUNDRAISING" untuk rakyat Palestin oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) secara maya pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali, Pengerusi Kebangsaan BSMM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim dan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin Dr Younis Al Khatib.
Dana yang dikumpulkan BSMM akan disalurkan kepada Bulan Sabit Merah Palestin melalui AAKRP dan Hishammuddin berharap BSMM akan berjaya mencapai sasarannya untuk mengutip dana sekurang-kurangnya RM1 juta menjelang akhir bulan ini.
"Ini hanya permulaan, dan saya harap lebih banyak pertubuhan tampil untuk bekerjasama dengan kami di Kementerian bagi menyalurkan dana dengan berkesan dan selamat ke Palestin. Usaha hari ini bukan simbolik semata-mata, tetapi mencerminkan sokongan konsisten dan tekad Malaysia untuk membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin," katanya.
Beliau bagi pihak kerajaan dan kementerian mengucapkan penghargaan kepada MRCS kerana menyumbang US$30,000 kepada AAKRP dan berkata, mereka akan memadankan jumlah berkenaan bagi menggenapkan jumlah keseluruhan sebanyak US$60,000 kepada Bulan Sabit Merah Palestin.
Hishammuddin berkata susulan gencatan senjata pada 21 Mei, selepas 11 hari pertempuran berdarah, tumpuan paling utama sekarang adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan secepat mungkin kepada rakyat Palestin dan membina semula Gaza.
"Sebagai contoh, Malaysia bersedia untuk terlibat dan menyokong sebarang inisiatif dengan negara rakan untuk membina semula satu-satunya makmal ujian COVID-19 di Gaza," katanya.
Sementara itu, pada sidang media dalam talian selepas acara itu, Hishammuddin mengulangi komitmen Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan negara lain dalam usaha menyelesaikan konflik Palestin dan Israel.
Pada perbincangan menerusi video dengan Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry semalam, Hishammuddin berkata Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan dengan semua negara di rantau ini selain menggalakkan penyelesaian politik yang berkekalan antara Palestin dan Israel.
Selain itu, Hishammuddin berkata beliau akan mendapatkan persetujuan Kabinet untuk menghadiri Forum Diplomasi Antalya di Turki pada 18 Jun sebagai mewakili suara Malaysia dalam mencari jalan penyelesaian tersebut.
Bernama
Tue Jun 01 2021
Tumpuan paling utama sekarang adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan secepat mungkin kepada rakyat Palestin dan membina semula Gaza. - Foto fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.