awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bawa agenda denggi pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva

Bernama
Bernama
25/05/2016
00:00 MYT
Malaysia bawa agenda denggi pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva
Perang membasmi Aedes dan denggi sudah sekian lama dilakukan di negara ini namun impak positifnya belum menunjukkan hasil yang dikehendaki. - Gambar hiasan
Malaysia mengambil kesempatan untuk memperjuangkan agenda denggi bersempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-69 di Geneva, Switzerland.
Satu acara sampingan mengenai penyakit itu berlangsung pada Isnin dengan dipengerusikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan disertai jiran terdekat Malaysia seperti Singapura, Filipina dan Thailand, di samping negara lebih jauh seperti China, Jepun, Mexico dan Brazil.
"Adalah dijangka, acara sampingan ini akan menarik minat global dan membawa kepada pengenalan semula dialog mengenai denggi di arena kesihatan global," kata Subramanian dalam satu kenyataan.
Acara berkenaan turut dihadiri Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Margaret Chan.
Subramaniam berkata pada 1970-an, hanya sembilan negara diserang wabak demam denggi berdarah.
"Tetapi, penyakit itu kini menjadi endemik di lebih 100 negara di rantau Afrika, Americas, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat," katanya.
Beliau berkata kebimbangan Malaysia tentang perkara ini lahir daripada hakikat bahawa pelaburan antarabangsa mengenai pengurusan denggi tidak setara dengan beban yang dibawa penyakit itu di peringkat global.
Ini, kata beliau, boleh dibandingkan dengan penyakit yang lebih menjadi tumpuan dalam berita seperti Zika dan Ebola.
"Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan wujudnya komitmen politik peringkat tinggi agar sumber manusia dan kewangan yang mencukupi disediakan bagi menggubal satu strategi dan pelan nasional yang berlandaskan bukti bagi mencegah denggi dan memberi respons terhadap penularan penyakit itu," katanya.
Topic Berkaitan
#agenda denggi
#denggi
#Geneva
#Perhimpunan Kesihatan Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan