MALAYSIA
Malaysia bawa isu keselamatan digital dan mental kanak-kanak ke Geneva

Nancy ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Pejabat Pendidikan Kuching di Dewan HIKMAH Kuching, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Malaysia akan menyertai Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) di Geneva, Switzerland, bagi membentangkan usaha negara dalam menangani cabaran keselamatan digital dan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak.
Ringkasan AI
- Malaysia Kongsi Usaha Tangani Isu Kanak-Kanak: KPWKM akan membentangkan inisiatif negara berkaitan keselamatan digital dan kesihatan mental kanak-kanak, termasuk advokasi di sekolah serta kerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui Program Remaja.
- Sokongan Kaunseling dan Talian Bantuan: Kaunselor terlatih disediakan untuk membantu golongan muda, dengan talian 15999 dipromosikan sebagai saluran sokongan bagi isu tekanan mental.
- PSSS Diperluas dan Terima Sambutan Positif: Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) diperluaskan atas permintaan pelbagai pihak, menyediakan rawatan lanjut dan sokongan menyeluruh kepada individu yang memerlukan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Kuching di sini hari ini.
Nancy turut menyatakan bahawa KPWKM bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program-program yang menangani isu kesihatan mental golongan muda, antaranya Program Remaja, yang memberi ruang kepada golongan muda untuk menyuarakan permasalahan mereka.
"Kita juga mempunyai kaunselor yang terlatih untuk menangani isu ini, sebab itu saya mempromosikan talian 15999 supaya mereka boleh dihubungkan dengan kaunselor yang relevan, khususnya bagi isu tekanan mental. Ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak, tetapi juga masyarakat keseluruhannya," jelasnya.
Menurut Nancy, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) kini semakin mendapat sambutan dan telah diperluaskan atas permintaan pelbagai pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta, dan NGO. Beliau menambah, sekiranya ada individu yang memerlukan rawatan lanjut, perkara tersebut akan dibincangkan bersama dan disusun atur bagi memastikan rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami