awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026
Rusia lancar peluru berpandu hipersonik 'Oreshnik' ke atas Ukraine
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bebas dalam geopolitik, berkawan dengan semua, tidak tunduk pada sesiapa - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/01/2026
13:03 MYT
Malaysia bebas dalam geopolitik, berkawan dengan semua, tidak tunduk pada sesiapa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan tersebut adalah penting untuk memastikan Malaysia dapat menumpukan usaha kepada pembangunan ekonomi, pelaburan strategik dan kestabilan jangka panjang. - Foto BERNAMA
ISTANBUL: Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan geopolitik bebas yang jelas, iaitu berkawan dan bekerjasama dengan semua kuasa besar dunia, tetapi tidak tunduk kepada mana-mana kuasa.

Ringkasan AI
  • Malaysia meneruskan pendekatan geopolitik bebas dengan berkawan dan bekerjasama tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar dunia, memfokuskan usaha kepada pembangunan ekonomi, pelaburan strategik, dan kestabilan jangka panjang.
  • Malaysia berada dalam kedudukan unik di persaingan Amerika Syarikat dan China serta berjaya mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua kuasa besar sambil membina kerjasama baharu melalui blok seperti BRICS, Amerika Latin, dan benua Afrika.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik, menjadi pemain utama di rantau ASEAN dalam sektor semikonduktor serta elektrik dan elektronik, dan berperanan penting bagi Amerika Syarikat dan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan tersebut adalah penting untuk memastikan Malaysia dapat menumpukan usaha kepada pembangunan ekonomi, pelaburan strategik dan kestabilan jangka panjang.
Berucap di hadapan pemain industri Turkiye di Istanbul pada Khamis, Anwar berkata Malaysia kini berada di kedudukan unik dalam geopolitik global, khususnya di tengah-tengah persaingan Amerika Syarikat dan China.
Menurutnya, Malaysia berjaya mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua kuasa besar, sambil membina kerjasama baharu melalui blok seperti BRICS, Amerika Latin dan benua Afrika.
“Malaysia adalah destinasi yang sangat menarik untuk pelaburan, seperti yang anda sedia maklum. Kami kini menjadi pemain utama di rantau ASEAN dalam sektor semikonduktor serta elektrik dan elektronik, dan pelaburan besar dari Amerika Syarikat masih kekal sebagai yang nombor satu.
“Malaysia juga merupakan pemain yang sangat penting bagi China. Tahun lalu, 2025 sahaja, kita menerima kehadiran Presiden Trump dan Presiden Xi Jinping... semua pemimpin utama berhimpun di Malaysia.
“Dan Malaysia akan melalui keadaan ini dengan bijak, pastikan kita mampu berkawan dengan semua pihak, kerana fokus kita ialah ekonomi dan kita mahu terus berdagang serta menarik pelaburan. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga sebuah negara yang bebas dan berdaulat,” jelasnya.
Anwar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama di hadapan pemimpin syarikat Turkiye dan tujuh syarikat Malaysia dalam sesi meja bulat di Istanbul, pada Khamis.
Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Menyentuh mengenai konteks hubungan Malaysia-Turkiye, Anwar berkata, kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dalam cara mereka menghadapi geopolitik antarabangsa, iaitu enggan menjadi ‘pak turut’ dalam perebutan kuasa global dan memilih untuk mengutamakan kepentingan nasional.
“Malaysia dan Turkiye berfikiran sama dalam banyak isu. Rakyat kita menghormati sejarah Turkiye, dan hubungan ini memudahkan kerjasama industri serta pelaburan.
“Di Malaysia, kita bertuah kerana negara ini sangat stabil dari segi politik, dan lebih dinamik secara ekonomi. Kita bernasib baik kerana berada di kawasan yang tidak mempunyai jiran yang sukar atau isu rumit seperti yang anda hadapi.
“Maka kita dapat memberi tumpuan lebih besar kepada ekonomi, dan kita telah mencatat beberapa angka yang mengagumkan, seperti yang saya pasti rakan-rakan saya telah jelaskan, daripada prestasi mata wang hinggalah kepada pelaburan dan cara kita menavigasi perkembangan ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#geopolitik bebas
#Malaysia
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan