Skip to main content

Dunia

Azerbaijan dakwa jadi sasaran serangan dron Iran

Iran, Azerbaijan
Kementerian Luar Azerbaijan memberitahu, serangan berkenaan turut mengakibatkan dua individu cedera - Foto/ Tangkap layar video media sosial

AZERBAIJAN mendakwa dua kawasan di wilayahnya menjadi sasaran serangan dron yang dilepaskan dari Iran.

Menurut Kementerian Luarnya, satu daripada dron berkenaan telah menghentam bangunan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan, manakala satu lagi mendarat berhampiran bangunan sekolah di kampung Shakarabad.

Advertisement

"Kami mengecam sekeras-kerasnya serangan dron yang dilancarkan dari wilayah Iran ini, yang mengakibatkan kerosakan pada bangunan lapangan terbang," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis, memetik laporan media antarabangsa.

Kementerian Luar Azerbaijan menambah, serangan berkenaan turut mengakibatkan dua individu cedera.

Kementerian tersebut menyifatkan, serangan ke atas wilayah Azerbaijan sebagai bercanggah dengan norma dan prinsip undang-undang antarabangsa, selain menyumbang kepada peningkatan ketegangan di rantau itu.

"Kami menuntut Iran menjelaskan perkara ini secepat mungkin, memberikan penjelasan serta mengambil langkah segera yang perlu bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang pada masa hadapan," katanya lagi.

 

 

Must Watch Video