Belanda, Malaysia dan tiga negara lain mahu tribunal Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB ditubuhkan untuk membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines, MH17 di Timur Ukrain tahun lalu.

Malaysia akan mengetuai negara terlibat mengemukakan draf resolusi ke Majlis Keselamatan berhubung penubuhan tribunal berkenaan. Draf resolusi tersebut dijadual dikemukakan bulan depan.

Sehingga kini tiada pengesahan berhubung sokongan Rusia terhadap penubuhan tribunal berkenaan.

Tribunal sama pernah ditubuhkan PBB bagi membicarakan jenayah kemanusiaan yang serius.

MH17, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ditembak jatuh pada 17 Julai di ruang udara di timur Ukrain.

insiden mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal.

Insiden dikatakan didalangi puak pemisah pro Rusia yang berkemungkinan menggunakan peluru berpandu darat ke udara yang diperoleh dari Rusia.

Minggu lalu, lima negara, Australia, Belgium, Belanda, Ukrain termasuk Malaysia yang menganggotai pasukan siasatan bersama mengadakan pertemuan di New York bagi berbincang berkenaan tribunal itu.

Kuala Lumpur berharap draf resolusi itu dapat diluluskan pada 22 Julai, sempena ulangtahun resolusi pertama diluluskan pasca tragedi berkenaan.