awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi

Bernama
Bernama
07/12/2024
05:15 MYT
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Rancangan itu bertujuan mengurangkan tahap pencemaran bunyi bagi penduduk tempatan sebanyak 15 peratus. - Gambar/ wikivoyage
THE HAGUE: Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar, lapor Xinhua.
Bermula tahun depan, lapangan terbang itu akan dihadkan kepada 478,000 ketibaan dan pelepasan setahun, iaitu pengurangan sebanyak 4.4 peratus daripada had semasa sebanyak 500,000.
Digabungkan dengan penggunaan pesawat yang lebih senyap, rancangan ini bertujuan mengurangkan tahap pencemaran bunyi bagi penduduk tempatan sebanyak 15 peratus.
Keputusan itu bagaimanapun menerima kritikan daripada KLM, syarikat penerbangan utama Belanda.
"KLM menyokong matlamat untuk mengurangkan pencemaran bunyi di sekitar Schiphol.
“Oleh itu, itu kami melabur sebanyak 7 bilion euro (kira-kira US$7.42 bilion) dalam pesawat yang lebih senyap serta mencadangkan langkah penting di bawah pelan yang lebih bersih, senyap, dan ekonomi," menurut syarikat itu.
Namun, KLM menyifatkan keputusan kerajaan sebagai "tidak dapat difahami," dengan hujah bahawa pelaburan dan inisiatif itu sepatutnya menghapuskan keperluan untuk mengehadkan penerbangan.
Syarikat penerbangan itu juga memberi amaran tentang kemungkinan implikasi antarabangsa, dengan Tindakan itu mungkin mencetuskan sekatan serupa terhadap syarikat penerbangan Belanda di luar negara.
Pada 2023, Lapangan Terbang Schiphol disenaraikan sebagai lapangan terbang ketiga tersibuk di dunia bagi trafik penumpang antarabangsa, dengan perkhidmatan kepada 61.9 juta penumpang dan menghubungkan lebih 300 destinasi di lima benua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanda
#Amsterdam
#lapangan terbang schiphol
#pencemaran bunyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan