KOTA TINGGI: Negara masih lagi mengharungi gelombang ketiga COVID-19 dan belum memasuki gelombang keempat penularan pandemik itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau menjelaskan sesuatu penularan hanya dianggap gelombang seterusnya jika jangkitan tempatan ketika gelombang semasa sudah mendatar atau mencatat kes sifar selama beberapa hari sebelum berlaku peningkatan kes baharu secara mendadak.
"Saya dapati sejak tiga minggu kebelakangan ini kes yang kita rekodkan (dalam gelombang ketiga) tidak menurun.
"Gelombang keempat COVID-19 hanya boleh berlaku sekiranya gelombang ketiga telah sampai (dapat diturunkan) ke 'baseline' atau direkodkan hingga sifar dan kemudian ia (penularan) bermula semula," katanya ketika ditemui Bernama di Surau As-Syakirin, Taman Sri Saujana, di sini hari ini.
Dr Adham berkata Malaysia boleh mengalami gelombang keempat COVID-19 sekiranya berlaku kemerosotan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan orang ramai sehingga wujud kluster baharu.
"Antara faktor menyebabkan kes meningkat ketika ini, kita lihat terdapat aktiviti pada awal April lepas seperti majlis perkahwinan, perjumpaan, keramaian termasuk mobilisasi menghantar anak pulang merentas negeri, antaranya ke sekolah dan universiti," katanya.
Semalam, negara merekodkan kes baharu harian sebanyak 2,551 kes.
Malaysia mengalami gelombang ketiga COVID-19 pada September tahun lepas dengan kes harian meningkat kepada empat angka bermula 24 Okt, iaitu sebanyak 1,228 kes.
Sementara itu, ketika mengulas kebimbangan peningkatan kes susulan kegagalan pematuhan SOP di bazar Ramadan, Dr Adham berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diberi kuasa untuk mengenakan kompaun kepada yang melanggar SOP.
"Saya harap kompaun ini bukan menghukum tetapi mendidik orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan itu kerana kita tahu bazar Ramadan ialah punca pendapatan peniaga kecil. Mereka sudah lama tidak dapat berniaga, jika kita sekat ia akan menyebabkan ekonomi (mereka) terkesan," katanya yang mahu pemantauan di bazar Ramadan ditingkatkan.
Pada masa sama, Dr Adham menggesa orang ramai berganding bahu melindungi diri dan masyarakat selain memperkasa komuniti menerusi ABC-19 (ejen basmi COVID-19) yang merupakan inisiatif terkini kerajaan dalam memastikan masyarakat terhindar daripada jangkitan virus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bercakap ketika ditemui pada majlis tazkirah di Surau As-Syakirin Taman Sri Saujana hari ini mengenai kemungkinan negara berdepan gelombang keempat COVID-19. - BERNAMA
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Kerja pembersihan pascabanjir di Dungun selesai Jumaat ini
Kerja pembersihan itu telah dilaksanakan bermula Ahad dengan memfokuskan kampung paling teruk terjejas.
Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat
Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan rata-rata penduduk yang menetap di kawasan rendah di Kuala Krai siap sedia hadapi banjir lagi.
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.
Gelombang keempat MTL: Penduduk, agensi diminta siap siaga, patuhi SOP - Ahmad Zahid
Agensi terlibat termasuk penduduk di selatan tanah air diminta berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut.
COVID-19: Peru kuatkuasakan semula pemakaian pelitup muka
Keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.
Itali lanjut tempoh darurat COVID-19 hingga 22 Mac 2022
Keadaan darurat membolehkan Kabinet menggubal undang-undang dan bertindak lebih cepat, dan mengelakkan prosedur birokrasi.
COVID-19: Bundesliga perketat SOP stadium kawal gelombang keempat
Semalam, sebanyak 73,000 jangkitan baru dan 388 kematian dilaporkan di negara itu.
COVID-19: Malaysia dijangka berdepan gelombang keempat susulan PRN Melaka, kerajaan bersiap sedia
Kesan jangkitan COVID-19 itu hanya dapat dilihat sekitar 10 ke 14 hari akan datang, kata Timbalan Menteri Kesihatan II.
COVID-19: Jerman rekod kes harian tertinggi baharu, dengan 39,676 kes
Kes aktif meningkat kepada 331,200, tertinggi pernah dicatatkan sejak gelombang keempat melanda.
Malaysia belum masuki gelombang keempat COVID-19 - Dr Adham
Negara masih lagi mengharungi gelombang ketiga COVID-19 dan belum memasuki gelombang keempat penularan pandemik itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.