awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berharap dapat lakukan siasatan di lokasi nahas

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
26/07/2014
01:20 MYT
Malaysia berharap dapat lakukan siasatan di lokasi nahas
Malaysia berharap untuk mendapatkan data yang mencukupi daripada kotak hitam pesawat MH17, kata Kapten Nik Huzlan.
Susulan tragedi MH17, Malaysia berharap untuk mendapatkan data yang mencukupi daripada kotak hitam pesawat itu, untuk mencari jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian.
Bekas ketua juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein berkata maklumat dari kotak hitam itu penting terutamanya rakanman suara kokpit juruterbang, yang mungkin nampak projektil yang menyerang pesawat itu.
Nik Huslan juga berkata Malaysia berharap untuk melakukan siasatan di tempat pesawat itu terhempas.
"Apabila pihak Malaysia tiba di kawasan pesawat itu terhempas, kami akan dapat mengeluarkan apa-apa sisa yang boleh tertanam dalam permukaan pesawat dan melalui sains forensik, kita mungkin dapat mengenal pasti jenis peluru yang terkena pada pesawat.
"Pihak Rusia juga telah mengeluarkan versi trek radar. Ini akan disokong dengan kotak hitam.
"Salah satu perkara yang kita akan melihat adalah transkrip kawalan trafik udara antara Ukraine dan MH17," katanya di program Agenda Awan, yang turut ditayangkan di Stesen TV Ukraine 112.
Nik Huslan berkata demikian semasa menjawab soalan dari pemberita Ukraine sama ada maklumat dalam kotak hitam cukup untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Nik Huslan juga menegaskan bahawa Malaysia tidak lagi menyalahkan sesiapa.
"Suasana di negara ketika ini adalah penderitaan yang suram," katanya kepada media Ukraine.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Malaysia Airlines
#MH17
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan