PUTRAJAYA: Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara di Australia, Jerman dan Perancis.
Menurutnya, sambutan yang diberikan oleh negara-negara tersebut amat luar biasa dan ia adalah permulaan baharu bagi negara.
"Ini...(hasil) persiapan awal yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Luar serta agensi kerajaan lain termasuklah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.
"Umpamanya cip komputer, kita sudah lihat ia mampu diiktiraf sebagai tarikan pelaburan pertama di Asia dan ini bukan perkara yang mudah," kata beliau pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ini adalah hasil usaha kerajaan dalam menstabilkan politik dan mendapat kerjasama daripada penjawat awam serta matlamat dan dasar negara yang jelas.
"Kejelasan dalam dasar ekonomi kita (penting), yang akan membantu dan memberikan harapan baharu kepada kita.
Beliau berkata, Jerman mempunyai ekonomi yang kukuh dan merupakan ekonomi ketiga terbesar dunia.
"Sambutan yang diberikan kepada kita sebagai sebuah negara kecil amat membanggakan," katanya.
Dalam laporan sebelum ini, Malaysia berjaya mencapai potensi pelaburan baharu bernilai RM45.4 bilion hasil lawatan Anwar ke Jerman baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau menekankan masih terdapat ruang untuk diperbaiki, termasuklah dari segi kelulusan projek tidak dilewatkan.
"Kita juga bersyukur kerana majoriti penjawat awam masih mempunyai integriti dan mempunyai semangat untuk memperbaiki (mutu kerja).
"Kita perlu mengekalkan usaha sedemikian dan jika kita dapat meningkatkannya, saya fikir dalam tempoh dua atau tiga tahun, wajah Malaysia akan berubah," kata beliau.
Mengenai angka pertumbuhan dan unjuran untuk tahun depan, beliau berkata laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam adalah positif dan meyakinkan.
"Asas ekonomi Malaysia terus kukuh dan tinjauan ekonomi bagi tahun 2024 adalah lebih baik berbanding 2023.
"Kita dapat mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2023 sebanyak 3.7 peratus walaupun berdepan pelbagai asakkan dan kemeruapan ekonomi global.
"Bagi tahun ini, ekonomi kita dijangka bertambah kukuh dengan unjuran pertumbuhan antara empat dan lima peratus," kata beliau.
Anwar berkata, antara faktor yang menyokong prestasi ekonomi yang lebih baik pada tahun ini termasuklah kadar pengangguran yang turun kepada paras 3.3 peratus pada Januari 2024, iaitu kembali kepada paras prapandemik (2022: 3.7 peratus).
Beliau berkata, kadar inflasi rendah apabila turun kepada 1.6 peratus pada suku keempat 2023 berbanding dua peratus pada suku ketiga tahun lepas.
Prestasi eksport turut menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada Januari tahun ini dengan peningkatan 8.7 peratus selepas menguncup 10 bulan sebelumnya (Mac hingga Disember 2023).
Selain angka-angka positif makroekonomi, prospek pelaburan negara juga berada pada tahap yang amat baik.
"Pada 2023, kita meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah negara," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. - Gambar Bernama
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem