awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bersedia jadi rakan ekonomi kukuh A.S

Bernama
Bernama
08/11/2012
01:35 MYT
Malaysia bersedia jadi rakan ekonomi kukuh  A.S
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sangat berkeupayaan dan bersedia untuk menjadi rakan ekonomi yang kukuh dengan Amerika Syarikat.
Beliau juga berharap semasa penggal kedua Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat, rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang Malaysia dan AS menjadi anggota, akan dimuktamadkan dengan segera supaya ia akan membuka pelaburan dan perdagangan baru antara kedua-dua negara berdaulat.
"Malaysia sentiasa menyokong inisiatif untuk menggalakkan dan melindungi Asia Tenggara dan ia juga mendapat pengiktirafan atas usahanya dalam membantu menjadi perantara keamanan dengan pemberontak Islam di bahagian selatan Filipina yang bermasalah," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Program Inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh) di Pusat Konvensyen Menara TM di sini Rabu.
Semasa ditanya sama ada beliau menjangka Obama akan menang, Perdana Menteri berkata: "Keputusan menunjukkan bahawa undi popular untuk kedua-dua pesaing hampir sama. Bagaimanapun, undi untuk Obama jauh ke hadapan, dari segi sokongan yang menyeluruh dari warga AS ".
Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Barack Obama di atas pemilihan semula beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik 2005 merupakan perjanjian perdagangan bebas yang bertujuan meliberalisasikan lagi ekonomi rantau Asia Pasifik.
Pada 2007, rundingan TPP bermula, perjanjian yang diperluas dengan ketara, yang merangkumi kumpulan yang lebih besar negara-negara termasuk Malaysia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Malaysia
#najib
#Obama
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan