Sistem Imigresen Malaysia yang baharu akan mengandungi mekanisme untuk menyekat pengganas asing daripada menyeberangi sempadannya.
Bercakap kepada pemberita di ibu negara Amerika Syarikat ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, komitmen Kuala Lumpur dalam memperkasakan keselamatan di sempadannya akan tergambar menerusi pelaksanaan pengumpulan Maklumat Awal Penumpang (Advance Passenger Information - API) dan Rekod Nama Penumpang (Passenger Name Record - PNR).
"Kedua-dua perisian sedang dimasukkan ke dalam sistem imigresen yang baharu yang kini sedang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia," kata beliau.
Muhyiddin berkongsi perkembangan itu ketika berucap pada Forum Kepimpinan Banyan Tree mengenai hubungan Strategik Malaysia-Amerika Syarikat, di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di sini pada Isnin.
Beliau tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja ke Amerika Syarikat bertujuan meningkatkan hubungan keselamatan antara kedua-dua negara.
Dalam lawatannya sehingga 21 September ini, Muhyiddin juga akan ke New York.
Muhyiddin juga akan mengambil kesempatan daripada lawatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat atas sokongan yang diberikannya kepada agensi-agensi penguatkuasaan Malaysia, termasuk dari segi pelbagai program latihan dan kursus jangka pendek yang diberikan kepada para penguat kuasa undang-undang.
"Amerika juga boleh memanfaatkan sumber-sumber yang terdapat di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan yang berpejabat di Kuala Lumpur untuk melaksanakan matlamat bersama kami iaitu untuk menangani keganasan dan memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ini," kata beliau.
Beliau turut mengungkapkan rasa terima kasih kepada pihak berkuasa Amerika, terutamanya Jabatan Kehakiman Amerika, atas kerjasama mereka terutama dalam usaha mendapatkan semula berbilion dolar dana syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau adalah antara orang yang paling kuat menentang perlakuan rasuah peringkat tinggi membabitkan 1MDB semasa beliau masih bersama kerajaan terdahulu.
Menteri itu bersyukur kerana perjuangan peribadi dan komitmen beliau mengenai tadbir urus dan kedaulatan undang-undang berbaloi apabila kebenaran mengenai skandal 1MDB didedahkan.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khas kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat yang telah membantu mendapatkan semula AS$322 juta nilai harta 1MDB sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula pada Mei 2018.
"Proses untuk mendapatkan semula aset ini masih berjalan dan kami menjangkakan berjuta-juta dolar lagi akan dikembalikan kepada Malaysia pada masa depan," kata Muhyiddin.
Beliau selanjutnya berkata Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat bukan sahaja dalam mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan sejagat bahkan juga dalam mewujudkan kemakmuran ekonomi yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
"Dalam usaha kami hendak memastikan Malaysia terus mencapai kemajuan dalam usahanya hendak menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kami mengalu-alukan pelaburan baharu dari Amerika terutama dalam kegiatan-kegiatan utama ekonomi yang telah dikenal pasti sebagai enjin pertumbuhan baharu," kata beliau.
Muhyiddin berkata, ia termasuk teknologi kewangan, ekonomi digital, e-dagang, ekonomi hijau dan tenaga yang boleh diperbaharui. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
Sistem Imigresen Malaysia yang baharu akan mengandungi mekanisme untuk menyekat pengganas asing daripada menyeberangi sempadannya, kata Muhyiddin Yassin. - Gambar fail BERNAMA
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.