KUALA LUMPUR: Malaysia bijak bermain dengan kuasa-kuasa besar dunia termasuk negara-negara Barat dan China untuk meraih pertumbuhan ekonomi yang sihat.
Profesor Dasar Ekonomi, Pusat Pengajian Ekonomi dan Kerajaan Blavatnik Universiti Oxford, Profesor Stefan Dercon berkata peluang itu tidak semestinya turut dinikmati oleh negara yang berada di luar rangkaian nilai seperti negara-negara Afrika.
“Ketegangan yang tercetus kebiasaannya merencatkan pertumbuhan sama ada di China atau di Barat. Pun begitu, ia tetap menjadi pilihan kepada sesebuah negara untuk mencari peluang dalam cabaran yang dihadapi atau melepaskan sebarang peluang yang ada.
“Dalam kekangan ini, saya rasakan negara seperti Malaysia ada banyak peluang. Bahkan, sebenarnya (Malaysia) bermain dengan kuasa-kuasa besar dengan pendekatan yang sangat bijak.
“Saya juga akui permainan yang sama turut dilakukan oleh negara-negara lain di Asia Tenggara. Situasi ini tidak semestinya wujud bagi negara-negara di Afrika yang berada jauh daripada rantaian nilai dan pasaran global,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Menurutnya, dalam konteks semasa adalah sukar untuk mana-mana negara mencapai pertumbuhan ekonomi luar biasa yang dicapai oleh Korea Selatan dan China dalam tempoh 30 tahun yang lalu.
Namun, keupayaan Malaysia meletakkan kedudukannya secara strategik dalam pertembungan antara negara-negara kuasa besar memberi peluang untuk negara meraih keuntungan dalam bentuk pertumbuhan ekonomi yang positif.
Decron melalui penulisannya Gambling on Development menyentuh mengenai keupayaan sesebuah negara memilih untuk tidak mengejar pertumbuhan ekonomi. Namun, dalam konteks Asia Tenggara, beliau berpandangan pemain di rantau ini perlu meneruskan strategi diplomatik yang sudah diamalkan.
Irfan Faruqi
Mon Oct 02 2023
Dercon berkata peluang itu tidak semestinya turut dinikmati oleh negara yang berada di luar rangkaian nilai seperti negara-negara Afrika. - Gambar fail/Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Malaysia bijak bermain dengan kuasa-kuasa besar, pacu pertumbuhan - Profesor Ekonomi Universiti Oxford
Malaysia bijak bermain dengan kuasa-kuasa besar dunia termasuk negara-negara Barat dan China untuk meraih pertumbuhan ekonomi yang sihat.