MALAYSIA
Malaysia, Brunei sepakat selesai isu sempadan darat Sektor F-G menjelang 2027

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (kiri) menegaskan komitmen itu pada Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26 (ALC) hari ini. -Foto PMO
PUTRAJAYA: Malaysia dan Brunei capai kata sepakat untuk menyelesaikan isu sempadan darat di Sektor F-G menjelang 31 Mei 2027, berasaskan prinsip tadahan air (watershed principle).
Ringkasan AI
- Malaysia dan Brunei bersetuju menyelesaikan isu sempadan darat di Sektor F-G menjelang 31 Mei 2027 berdasarkan prinsip tadahan air.
- Rundingan akan berpandukan lima perjanjian sempadan, MoU 2012 dan Terma Rujukan, dengan penandaan sempadan dijadual selesai sepenuhnya menjelang 2028.
- Kedua-dua negara turut bersetuju memperkukuh kerjasama maritim dan menubuhkan jawatankuasa ad-hoc bersama untuk akses perairan dan sektor perikanan.
“Segala rundingan bagi kawasan yang belum mempunyai perjanjian khusus akan dilaksanakan berasaskan prinsip tadahan air,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin turut mengambil maklum Mesyuarat ke-26 Malaysia-Brunei mengenai Pelaksanaan Pertukaran Surat yang diadakan pada 23 Julai lalu di Kuala Lumpur, yang menegaskan keperluan membina momentum serta memperkukuh kerjasama bagi mempercepatkan penyelesaian.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Sempadan Darat Bersama diarahkan mempercepatkan proses perundingan dengan mengambil pendekatan konstruktif seperti digariskan dalam Pertukaran Nota (EON 2024) yang ditandatangani pada Ogos tahun lalu.
Anwar dan Sultan Hassanal turut mengimbas kembali Mesyuarat Khas Jawatankuasa Sempadan Darat Brunei Darussalam-Malaysia mengenai Sektor F-G pada 8 Mei lalu serta mesyuarat ke-4 jawatankuasa sama pada 14 Julai di Bandar Seri Begawan.
“Penyelesaian isu Sektor F-G adalah komitmen bersama dan akan terus diberi keutamaan sehingga selesai sepenuhnya,” kata kenyataan itu lagi.
Setakat ini, kerja penandaan bersama telah meliputi 214.638 kilometer, iaitu 41 peratus daripada keseluruhan sempadan darat. Malaysia dan Brunei turut berhasrat menamatkan penandaan Sektor E-F menjelang 2025, Sektor A-B pada 2026 dan Sektor F-G pada 2027.
Bagi memastikan kesinambungan, kedua-dua pemimpin juga secara prinsip bersetuju mempertimbangkan Memorandum Persefahaman Fasa Kedua Penandaan dan Tinjauan Bersama dengan sasaran 66 peratus sempadan siap ditandakan menjelang 2028.
Anwar dan Sultan Hassanal dalam masa sama menzahirkan kepuasan terhadap usaha gigih Jawatankuasa Teknikal Bersama yang memastikan kerja penandaan sempadan berjalan lancar sejak 2012.
Selain isu sempadan darat, kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan kerjasama maritim, termasuk akses perairan serta sektor perikanan, dengan persetujuan menubuhkan sebuah jawatankuasa ad-hoc bersama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami