awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bukti kepimpinan melalui rundingan damai Thailand-Kemboja

Pia Ernadya
Pia Ernadya
28/07/2025
16:09 MYT
Malaysia bukti kepimpinan melalui rundingan damai Thailand-Kemboja
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyaksikan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (kiri) bersalaman dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai (kanan) selepas Mesyuarat Khas Bersama di Seri Perdana. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penyelesaian damai konflik antara Thailand dan Kemboja disifatkan sebagai contoh terbaik bagaimana Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, mengurus krisis serantau tanpa perlu campur tangan kuasa besar luar.

Ringkasan AI
  • Dr Kittipos Phuttivanich menyifatkan kejayaan rundingan Thailand-Kemboja sebagai bukti ASEAN mampu menyelesaikan konflik serantau tanpa campur tangan kuasa besar.
  • Beliau berkata pendekatan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN mencerminkan keberkesanan kerjasama serantau dan mengelak dominasi kuasa luar.
  • Katanya, penyelesaian dalaman seperti ini lebih baik berbanding bergantung kepada kuasa luar.

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Politik Universiti Ramkhamhaeng, Dr Kittipos Phuttivanich, pendekatan ini mencerminkan keberkesanan kerangka kerjasama serantau dalam membina keharmonian serta mengelakkan dominasi negara luar.
“Ya, saya bersetuju. Pada awalnya, saya agak skeptikal sama ada Perdana Menteri akan meneruskan proses rundingan ini atau tidak. Namun ternyata mereka tidak berlengah. Sejak awal konflik lagi, ada kuasa besar yang cuba menjadi perantara, iaitu Republik Rakyat China," katanya.
Jelasnya, Menteri Luar China, Wang Yi, sebelum ini menyuarakan hasrat untuk menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan, malah menubuhkan satu mekanisme baharu dikenali sebagai International Organization for Mediation (IOMed) pada Mei lalu.
Thailand dan Kemboja turut merupakan sebahagian daripada kerangka IOMed tersebut.
“Bagi saya, penyelesaian oleh negara serantau seperti ASEAN lebih baik daripada menyerahkan kepada kuasa besar luar. Kita perlu selesaikan sendiri, dalam konteks Asia,” tambahnya.
Beliau berkata demikian dalam Buletin Awani Khas pada Isnin.
Terdahulu, Thailand dan Kemboja mencapai persefahaman untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat mulai tengah malam ini bagi menghentikan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.
Kejayaan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku hos, Pengerusi ASEAN dan saksi dalam kenyataan bersama selepas Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, di sini.
Menurut Anwar, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan diplomatik yang konstruktif, dan merupakan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri juga menambah bahawa Malaysia bersedia menyelaras pasukan pemerhati untuk mengesahkan dan memastikan pelaksanaan persefahaman itu.
Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja yang berlangsung sekitar dua jam turut disertai Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, dan Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Edgard D. Kagan, yang bertindak sebagai fasilitator bersama.
Topic Berkaitan
#konflik sempadan Thai-Kemboja
#Malaysia Pengerusi ASEAN
#gencatan senjata
#perjanjian damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan