awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat 27.9 juta ancaman dalam talian pada 2024 - Kaspersky

Bernama
Bernama
27/01/2025
13:12 MYT
Malaysia catat 27.9 juta ancaman dalam talian pada 2024 - Kaspersky
Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.
KUALA LUMPUR: Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.
Menurut laporan Rangkaian Keselamatan Kaspersky terkini, Malaysia kini menduduki tempat ke-30 di seluruh dunia untuk ancaman web.
"Data tersebut menggariskan keperluan kritikal bagi langkah keselamatan siber yang dipertingkatkan untuk melindungi individu dan perniagaan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengurus Besar Kaspersky Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong berkata pengabaian amalan terbaik keselamatan siber boleh membawa akibat yang buruk, daripada pelanggaran data dan kerugian kewangan kepada kerosakan reputasi termasuk juga, gangguan perkhidmatan kritikal.
"Peningkatan ancaman web yang dikesan di Malaysia adalah amat membimbangkan. Data terkini kami menunjukkan kecanggihan penjenayah siber yang semakin bertambah serta keperluan mendesak bagi individu dan perniagaan untuk terus meningkatkan perlindungan mereka terhadap ancaman siber," katanya.
Yeo juga menggesa rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan keselamatan dalam talian dan segera mengambil langkah proaktif, memandangkan sejak 2020 hingga 2024, kira-kira RM5 bilion kerugian berlaku akibat jenayah siber.
"Usaha berterusan kerajaan Malaysia untuk memerangi ancaman siber layak mendapat pujian. Langkah-langkah ini adalah penting dalam melonjakkan kesedaran orang ramai dan mengukuhkan pertahanan siber negara," katanya.
"Untuk berada selamat dalam talian memerlukan pendekatan pelbagai lapisan. Kata laluan yang kuat, mengemas kini perisian, selain berhati -hati terhadap percubaan memancing data (phishing) hanyalah langkah awal. Anda perlu menggunakan penyelesaian keselamatan siber yang mantap, jadi anda mampu meningkatkan perlindungan anda terhadap ancaman siber," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#ancaman dalam talian
#keselamatan siber
#Kaspersky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan