awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat 3.4 peratus pengangguran, masih terkawal

Bernama
Bernama
14/08/2018
09:18 MYT
Malaysia catat 3.4 peratus pengangguran, masih terkawal
Kestabilan ekonomi dan politik semasa negara menyumbang kepada kadar pengangguran yang rendah. - Gambar hiasan/social.hays.com
Kadar pengangguran sebanyak 3.4 peratus yang direkodkan pada suku pertama tahun ini meletakkan Malaysia sebagai negara guna tenaga penuh.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Datuk Mohd Jeffrey Joakim berkata ini berdasarkan takrifan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bahawa mana-mana negara yang merekodkan pengangguran bawah 4.0 peratus sebagai negara guna tenaga penuh.
"Kadar pengangguran di Malaysia dalam julat 3.3 hingga 3.4 peratus adalah baik dan terkawal," katanya semasa ditemui pada Pertandingan Terbuka Pidato Kerjaya Sekolah Menengah Negeri Perlis dan pelancaran Sambutan 1Dekad JTK Perlis di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perlis di sini, hari ini.
Beliau berkata kestabilan ekonomi dan politik semasa negara menyumbang kepada kadar pengangguran yang rendah.
Mengenai pemberhentian pekerja oleh beberapa syarikat di negara ini, beliau berkata ia bukan disebabkan kelembapan ekonomi tetapi kerana syarikat terbabit memindahkan operasi mereka ke kawasan lain.
Pada majlis itu Mohd Jeffry menyampaikan hadiah kepada 10 pemidato yang mengambil bahagian serta menyampaikan Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kelainan Upaya (SBGPOKU) berjumlah RM100,000 kepada tiga penerima.
Setakat Julai lepas seramai 200 OKU telah menghantar permohonan kepada JTK memohon geran di bawah skim itu, bagi mengembangkan perniagaan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guna tenaga poenuh
#JTKSM
#kadar oengangguran
#Malaysia
#mohd jeffrey joakim
#sumber tanaga kerja
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan