awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat 58.6 juta pelancong domestik pada suku pertama 2024

Bernama
Bernama
07/09/2024
09:09 MYT
Malaysia catat 58.6 juta pelancong domestik pada suku pertama 2024
Pelancong domestik diambil kira bagi yang melakukan perjalanan melebihi 25km dan bermalam manakala jika tidak bermalam, mereka tidak dikira sebagai pelancong. - Gambar hiasan/Bernama
BACHOK: Malaysia mencatatkan 58.6 juta pelancong domestik bagi suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 19 peratus berbanding 49.26 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM24.1 bilion perbelanjaan pelancong domestik direkodkan.
"Jumlah perbelanjaan pelancong domestik ini meningkat 25.3 peratus berbanding tahun lepas yang berjumlah RM19.21 bilion.
"Pelancong domestik diambil kira bagi yang melakukan perjalanan melebihi 25 kilometer dan bermalam manakala jika tidak bermalam, mereka tidak dikira sebagai pelancong, hanya direkodkan sebagai pelawat biasa atau datang untuk bekerja," katanya kepada pemberita pada program Temasya Orang Kampung (TOK) 3.0 "Sanggar Warisan" 2024 di Kem D'Telong di sini hari ini.
Beliau berkata antara faktor peningkatan pelancong domestik ialah jumlah cuti yang banyak dan kecenderungan untuk menikmati ketenangan terkini menjadi trend semasa rakyat Malaysia.
Musa berkata antara negeri yang tertinggi dikunjungi ialah Selangor, diikuti Pahang dan Melaka yang mempunyai banyak tarikan pelancongan.
"Orang sekarang suka healing, bercuti atau melancong yang kini bukan lagi berkaitan dengan kemewahan, tetapi lebih kepada keperluan untuk mencari ketenangan dan berseronok bersama keluarga," katanya.
Beliau berkata pelawat dicadangkan membuat perancangan awal bagi mengelak kos lebih mahal terutama pada musim kemuncak seperti cuti sekolah atau perayaan.
Mengulas mengenai program TOK, beliau berkata penganjuran aktiviti pelancongan di pedalaman mampu dijadikan antara tarikan pelancong ke Malaysia yang memberi pengalaman peribadi menyertai sukan rakyat, seni budaya dan produk kraftangan tempatan mampu memberi penilaian berbeza kepada pelancong.
Musa berkata acara menarik dalam program TOK termasuk sukan rakyat seperti tarik upih dan galah panjang, selain aktiviti kukur kelapa, demonstrasi pembuatan tembikar, tikar kercut, tengkolok dan atap singgora serta pameran jualan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong domestik
#perbelanjaan
#Tourism Malaysia
#healing
#percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan