KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan angka kematian akibat COVID-19 tertinggi baharu dua hari berturut-turut, dengan kes kematian hari ini sebanyak 47 kes berbanding 45 semalam.

Peningkatan kes-kes secara mendadak telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Justeru, KKM menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media KKM disampaikan ketua pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini: 

1) Sebanyak 4,865 kes baharu direkodkan, jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini 479,421 kes.

2) Sebanyak 3,497 kes sembuh, jumlah keseluruhan kes sembuh kini 432,600 kes.

3) Sebanyak 47 kematian dilaporkan, jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini 1,994 kes.

4) KKM mengesan 44,827 kes aktif dan 19 kluster baharu.

5. Malaysia dijangka berhadapan lonjakan bilangan kes harian COVID-19 sekali lagi seperti yang telah berlaku di banyak negara lain.