awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, China komited kekalkan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/04/2025
03:10 MYT
Malaysia, China komited kekalkan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan
Dalam Lawatan Negara selama tiga hari ke Malaysia, Presiden Jinping (tengah) turut menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan China mengulangi komitmen untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Perkara tersebut diketengahkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semasa Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.
Dalam kunjungan ke negara ini, Presiden Jinping turut menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mengadakan pertemuan de]ngan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua negara menekankan kepentingan menyelesaikan pertikaian melalui cara damai, mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).
Kuala Lumpur - Beijing turut menekankan keperluan semua pihak untuk bersikap menahan diri dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau ini.
Kenyataan itu juga menegaskan, penglibatan pihak yang tidak berkaitan secara langsung boleh menjadi tidak produktif kepada usaha tersebut.
Malaysia dan China turut berikrar untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN lain bagi melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).
Kedua-dua negara menyatakan keyakinan untuk menyelesaikan Kod Tatalaku (COC) yang berkesan dan substantif menjelang 2026, seperti yang digariskan dalam Garis Panduan untuk Mempercepatkan Penyelesaian Awal COC yang Berkesan dan Substantif.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengubah Laut China Selatan menjadi kawasan keamanan, persahabatan dan kemakmuran.
Topic Berkaitan
#Lawatan Negara
#Malaysia-China
#Laut China Selatan
#Presiden Xi Jinping
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan