awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Brazil tingkat kerjasama dalam isu utama global

Bernama
Bernama
05/12/2023
22:45 MYT
Malaysia dan Brazil tingkat kerjasama dalam isu utama global
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kiri) dan rakan sejawatannya dari Brazil, Mauro Vieira. - Gambar Facebook WISMA PUTRA
PUTRAJAYA: Malaysia dan Brazil komited untuk meningkatkan penyelarasan dalam bidang kepentingan bersama menerusi dialog bagi meningkatkan kerjasama dalam isu-isu seperti tenaga, alam sekitar, perubahan iklim, biodiversiti, sains, teknologi, inovasi dan kesihatan.
Kedua-dua negara juga menekankan pentingnya Brazil dan Malaysia berusaha bersama-sama pada tahun-tahun akan datang memandangkan Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN pada 2025 manakala Brazil akan menjadi tuan rumah Persidangan Ke-30 Pihak-pihak (COP30) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada tahun 2025.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata perkara itu dipersetujui bersama oleh Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan rakan sejawatannya dari Brazil, Mauro Vieira susulan mesyuarat dua hala yang diadakan pada 2 Dis di luar COP28.
Menurut kenyataan itu, Brazil menyambut baik keputusan Malaysia untuk menyertai Penyataan Bersama "Bersatu untuk Hutan Kita," yang diterima pakai di Belem do Para, semasa Sidang Kemuncak Amazon pada 9 Ogos.
"Kedua-dua menteri bersetuju bahawa dialog mengenai hutan tropika perlu diterajui oleh negara-negara membangun yang mempunyai hutan tropika sendiri dan wajar memberi tumpuan kepada isu yang ditakrifkan oleh negara yang mempunyai hutan tropika sebagai keutamaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri menyokong usaha antarabangsa dan dua hala untuk menggalakkan peralihan tenaga yang adil dan saksama yang mengambil kira perspektif negara membangun dan menyumbang kepada pengurangan ketidaksaksamaan dalam dan antara negara.
Kedua-dua pemimpin juga menekankan akan pentingnya mencari penyelesaian politik yang kekal dalam isu Palestin dan menggesa gencatan senjata segera kepada konflik yang sedang berlaku di Gaza, serta kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
Mereka juga menekankan kepentingan perdagangan dua hala dan aliran pelaburan bersama sebagai unsur pembangunan di kedua-dua negara dan menegaskan semula minat dalam mengembangkan agenda dan jumlah perdagangan.
"Kedua-dua negara juga mengalu-alukan prospek untuk meneroka kerjasama perkongsian dialog sektor ASEAN-Brazil, serta meningkatkan dialog dan penyelarasan dengan BRICS dan platform Selatan-Selatan yang lain," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Brazil
#kerjasama
#isu utama global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan