awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dapatkan vaksin secukupnya bagi 38.5 juta penduduk - CITF

Bernama
Bernama
24/05/2021
14:11 MYT
Malaysia dapatkan vaksin secukupnya bagi 38.5 juta penduduk - CITF
Malaysia membelanjakan RM3.5 bilion untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi 120 peratus penduduk di Malaysia atau 38.5 juta orang. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA: Malaysia membelanjakan RM3.5 bilion untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi 120 peratus penduduk di Malaysia atau 38.5 juta orang, menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).
CITF berkata memandangkan kebanyakan vaksin yang diperoleh adalah vaksin dua dos, jumlah dos yang ditawarkan Malaysia adalah sebanyak 73.5 juta dos dan bukan 32 juta dos seperti yang didakwa dalam satu hantaran Facebook.
Satu hantaran Facebook yang menggunakan nama 'Irwan Sanei' membuat dakwaan iaitu: "Apa masalah Malaysia sebenarnya? US spends RM6 billion for 100 million dose of vaccine. Vietnam spends RM4.5 billion for 150 million dose of vaccine. Malaysia spends RM5 billion just enough to cover for 80 per cent of the population of 32 million people." (AS membelanjakan RM6 bilion untuk 100 juta dos vaksin. Vietnam belanjakan RM4.5 bilion untuk 150 juta dos vaksin. Malaysia membelanjakan RM5 bilion hanya cukup untuk menampung 80 peratus penduduk seramai 32 juta orang)
CITF dalam kenyataan hari ini sebagai respons kepada hantaran itu berkata belanjawan keseluruhan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia adalah RM5 bilion kerana ia merangkumi kos pelaksanaan program itu sendiri, dengan RM3.5 bilion dibelanjakan untuk perolehan vaksin.
"Sebagai perbandingan, Singapura membelanjakan S$1 bilion (RM3.1 bilion) untuk penduduknya seramai 5.7 juta. Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membayar US$1.95 bilion (RM8.07 bilion) untuk 100 juta dos Pfizer. Berdasarkan info ini, perolehan Malaysia nampak adil dan lebih berdaya saing berbanding negara lain," menurut CITF.
CITF berkata ia telah membuat laporan polis terhadap 'Irwan Sanei' kerana menyebarkan berita palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#vaksin
#CITF
#COVID-19
#Badan Bertindak Imunisasi COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan