Malaysia berada di tangga ke-79 dunia dalam kelajuan internet mudah alih, menurut kajian terbaharu.

Dalam kaji selidik oleh sebuah platform pengendali ujian kepantasan internet, Speedtest.net menerusi Indeks Global, Speedtest telah mengeluarkan data-data kelajuan internet tersebut pada Disember.

Menurut kajian berkenaan, Malaysia berada di tangga ke-79 dalam kategori kelajuan internet mudah alih (mobile). Ia mencatatkan penurunan yang signifikan berbanding bulan sebelumnya.

Pada masa sama, kaji selidik itu juga mengukur kelajuan internet dalam kategori jalur lebar tetap (fixed broadband) yang meletakkan Malaysia pada ranking ke-62.

Malaysia berada di tangga ke-79 dalam kategori mudah alih manakala bagi kategori talian jalur lebar tetap pula meletakkan negara pada ranking ke-64. - Sumber Speedtest.net
Sementara itu, Norway dan Singapura masing-masing mendominasi carta dalam kelajuan internet mudah alih dan jalur lebar tetap yang tidak berubah sejak November tahun lepas.

Berikut merupakan purata kelajuan internet global:

 Lima negara yang mendominasi kelajuan internet bagi kategori mudah alih dan jalur lebar tetap. - Sumber Speedtest.net
Kajian berkenaan membandingkan data kelajuan internet dari seluruh dunia secara bulanan. Data indeks diambil dari ratusan juta ujian oleh pengguna yang menggunakan Speedtest setiap bulan.

Penggunaan internet direkod dan diukur dengan Speedtest setiap kali apabila pengguna menggunakan platform tersebut pada masa dan di tempat yang berlainan.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat gergasi telco mudah alih di Malaysia telah menyediakan pakej kelajuan internet berkelajuan 4G.