Dalam mengejar peradaban manusia, Malaysia diancam oleh mereka yang menggunakan internet untuk menyebar pembohongan, fitnah dan kebencian, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata tidak seperti negara lain, negara ini bukannya negara berasaskan satu kaum dan sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama, kerajaan perlu memantau aktiviti internet dan perbuatan yang tidak menyenangkan itu.
Berucap pada Forum Antarabangsa Umno bertemakan Kesalinghubungan dan Media Sosial: Memperkasakan Rakyat Untuk Membina atau Memecahbelahkan Negara, di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan terpaksa bertegas terhadap elemen yang sememangnya berbahaya kepada pembinaan negara.
Beliau berkata setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengikat mereka daripada mengeluarkan sebarang kenyataan provokasi dan perkauman kerana kesannya tidak sanggup diterima oleh setiap orang.
"Kami telah belajar daripada rusuhan kaum 1969, dan kami juga belajar daripada beberapa insiden melibatkan golongan ekstremis agama dan masyarakat.
Kesemua ini membuatkan kami mengenakan undang-undang yang ketat untuk mengelakkan negara daripada kehancuran," katanya.
Menteri itu berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, kerajaan tidak pernah dan tidak akan bersikap berat sebelah atau dalam bahasa mudah kerajaan tidak berkompromi apabila menyentuh soal keselamatan dan kestabilan negara.
Ahmad Zaid, yang merupakan seorang penceramah di forum itu turut menekankan bagaimana laman media sosial yang telah berkembang dan berubah sebahagian besarnya kepada penyaluran berita dan menjadi saluran perkongsian maklumat.
Beliau berkata isu tentang kebebasan bersuara sedang diperdebatkan dalam media sosial dan forum terbuka.
"Saya percaya semua daripada kita - sama ada di Malaysia atau luar negara - mengikuti perkembangan yang telah dan sedang berlaku di negara ini.
"Semua ini adalah hasil kesalinghubungan internet yang lebih pantas dan boleh diakses kepada pelbagai sumber berita," katanya.
Zahid berkata berita datang dalam pelbagai bentuk, sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau hodoh serta benar atau semata-mata pembohongan untuk melemahkan kerajaan, negara dan rakyat.
Forum itu yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari Isnin.
Persidangan selama dua hari itu disertai 127 perwakilan asing daripada 34 parti mewakili 22 negara dan kor diplomatik hampir 70 negara.
Bernama
Mon Nov 24 2014
ZAHID: Setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Muhyiddin gesa Shukri buat laporan polis
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterima.
Malaysia diancam pengguna internet sebar berita bohong, fitnah dan kebencian
Zahid Hamidi berkata, Malaysia diancam oleh mereka yang menggunakan internet untuk menyebar pembohongan, fitnah dan kebencian.